Ucapan Ustaz Hassan Basri, Mantan Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor (2001-2003) pada 31 Januari 2012 di Balai Pahlawan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, Selangor. Roadshow: MASA DEPAN POLITIK MALAYSIA - Demi Kedaulatan Agama Islan, Bangsa Melayu & Institusi Raja-raja (IMR). anjuran NGO & Sekretariat Mobilisasi Ummah serta Kelab Mahasiswa Bangi/Serdang.
Berita penuh : Hasan dedah pemimpin parasit
Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN dan AHMAD FADZLY ESA
pengarang@utusan.com.my
HASAN Ali berucap pada 'Program Bicara Memurnikan Aqidah Ummah' yang turut dihadiri Hasan Basri Mohd. (kanan) dan Adib Ghazali (dua dari kanan) di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17, Shah Alam, malam semalam. – UTUSAN/Ahmad Fadzly Esa
SHAH ALAM 31 Jan. - Buat kali pertama, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini dianggap ‘parasit’ dengan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Khalid Samad sebagai individu terbabit.
Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam negeri pada 13 Januari lalu mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.
Hasan berkata, Khalid juga beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) meskipun pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penganjuran satu majlis yang bermatlamat bagi menyelewengkan akidah umat Islam di negeri ini.
“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket Pas.
“Sebab itu saya hendak ingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada dia (Khalid) pada pilihan raya umum akan datang kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 di sini malam ini.
Program itu dihadiri lebih 1,000 orang termasuk bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Aidit Ghazali.
Hasan berkata, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk mempertahankan Islam, Melayu dan institusi diraja di negara ini.
Kata beliau, pertubuhan yang akan dikenali sebagai Jati itu akan menggabungkan beberapa NGO lain yang turut mempunyai perjuangan sama selain individu yang berminat untuk menyertainya.
“Pertubuhan itu dijangka dilancarkan pada 21 Februari di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 keahlian.
“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan jaringan ketiga iaitu sebagai pengimbang kepada parti pemerintah serta parti pembangkang dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja Melayu (IMR) di negara ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Hasan Basri berkata, penyebaran fahaman ‘Anwarism’ kini semakin merbahaya kerana ia jelas bersifat sekular dan liberal yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
“Sebagai contoh, demi untuk kuasa dan mendapat sokongan negara Barat, Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sanggup mengiktiraf sebuah negara haram Israel yang sejak sekian lama melakukan kekejaman terhadap umat Islam di Palestin.
“Selain itu, atas nama hak asasi manusia, Anwar juga bersungguh-sungguh menganggap Seksyen 377B (Kanun Keseksaan) yang melarang seks gay dan lesbian sebagai lapuk serta tidak lagi relevan dan sebab itulah saya kata fahaman ‘Anwarisme’ ini merbahaya kepada umat Islam di negara ini,” tegasnya.
Aidit pula mengingatkan umat Islam di negara ini supaya taksub hanya kepada Allah dan bukannya kepada seseorang pemimpin mahu pun organisasi kerana ia adalah tuntutan Islam.
hasan ali@ hasan akidah sudah dedahkan siapa dia parasit @ pelesit dalam PAS....tapi hasan ali @ Hassan akidah telah tersilap tafsir makna 'parasit'...parasit sebenarnya hidup di atas kekuatan pihak lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebenarnya sebab dia menumpang nama Pas dan akhirnya menjahanamkan parti yang ditumpanginya, kalau dia merujuk kepada Khalid Samat sebagai parasit tidak tepat kerana MP Shah Alam tu memang ahli PAS sejak dulu lagi!
BalasPadamSekarang kita tanya, siapa pula `Pelesit'? Pelesit adalah binatang berhantu dan berpuaka' yang sering membuat bising dan mengganggu ketenteraman orang lain di samping menjadi perasuk... Siapa yang ke hulu ke hilir buat bising... tidak cukup di dalam media TV3 suku, terbang pulak pelesit ini ke pelusuk kota dan desa menghasut dan merasuk orang ramai? Jawapannya Hassan Akidah. Beliau adalah `Pelesit' sebenar.
Khalid Samad yang tidak setinggi Phd Hassan Akidah nampaknya lebih bijak dan pintar dari Hassan. Betul lah kata orang, sebijak mana pun seseorang itu, jika duduknya di kawasan penuh taik, maka tidaklah bijak ia
Kepada Nam Ron...Baik you bagi hujjah jawab balik apa yang Ustaz Hassan Basri cakap...yang you dok ambik kata-kata khalid gereja tu buat apa...hujah Khalid yang kononnya bijak setakat tu saja. Jawablah hujjah ilmiah secara ilmiah...sikit-sikit UMNO...mereka lupa UMNO bukan Tuhan yang boleh memastikan berlaku segalanya...inilah yang saya tak faham...apakah mereka lupa Allah punya kuasa sehingga segalanya diletakkan kesalahan ke atas pihak lain...Mana iman mereka walaupun dok jaja merata yang mereka itu pejuang Islam...
BalasPadamNAM RON diatas tu sememangnya kita tahu dengan jelas PENYOKONG ANWAR DAN JENIS MAKAN JANTAN BETINA. Yang HA perjuangkan ialah perjuangan Islam dan parti itu hanya jalannya sahaja. Isu ARAK dan GEREJA HARAM tu adalah isu utama sebab HA dipecat atas arahan IBLIS2 yang ada dalam PR yang dikuasai oleh ALJUB. Apa hang nak salahkan HA lagi? dan masih buta perut ? masih nak ikut perasit2 tu lagi? memang jenis manusia nak hancurkan ISLAM kau ni.HA terpaksa kehulu ke hilir sebab nak terang kepada rakyat kenapa PAS jadi kelam kabut selepas ANWAR masuk PR.ANWAR ni memang bijak berpolitik sejak dalam UMNO lg dan Ghaffar Baba ditumbangkan oleh ANWAR tanpa disedari olehnya kerana percaya secara buta tuli. Kita kena lihat sejarah ANWAR berpolitik. PAS adalah parti kedua besar pengaruhnya orang Melayu dalam negara ini. Kenapa harus bergabung dengan PKR dan DAP. PKR adalah parti kecil dan tak ada pun jentera parti. ANWAR guna sepenuhnya jentera PAS untuk keuntungan diri dan partinya. Itu pun kamu tidak nampak. BODOHNYA KAMU NI IKUT MEMBUTA TULI, TUHAN BAGI AKAL GUNAKAN. HA dah tak boleh terima kekalutan ini dan perlu tegur kepimpinan PR dan teguran itu telah membuat dirinya dipecat atas desakan BISIKAN SYAITAN kerana untuk perjuangkan ISLAM ianya tidak perlu ada dalam PR kerana nak tarik kaum kafir menyokong PR. Bagi KAMI tindakan HA adalah BIJAK dan stabil selari dengan PERJUANGAN UMAT ISLAM DALAM NEGARA INI. Kamu kalau nak sokong PERASIT tu kami akan tentang hingga titisan darah terakhir bagi menjaga AKIDAH dan NEGARA ini dari perkara2 yang di benci oleh ALLAH. Bagi kami PAS sekarang berada dalam TONG TAIK DAN KAWANAN LIWAT/ KAFIR HARBI. Oleh kerana itulah HAJI HADI sudah tawar hati untuk bertanding di PRU ke 13 nanti
BalasPadamRon agen parasit
BalasPadamHoi!...kalau nak buat komen bubuh tanpa nama baik gi main jauh-jauh la!...kahkahkah!..setau gua yang tak dak nama ni setan, iblis je!...jembalang pun ada nama!..kahkahkah
BalasPadamTak payah ulas pasal Hassan Basri sebab dia pernah jadi YDP PAS Subang tetapi bila pilihanraya di belah balik Terengganu. Pemimpin apa bagini bila dimedan perang dia undur balik kampong
BalasPadam