Terharu rasanya apabila Panglima mendengar pengumuman seperti yang terpapar di atas.
PM petang tadi telah umum pemansuhan tol RM1 di Plaza Tol Batu 9 menghala ke Kuala Lumpur dan tol 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang mulai tengah malam ini.
Rakyat juga tentu teruja melihat kesusahan golongan miskin bandar yang semakin ringan dengan penghapusan tol tersebut.
Dengan penghapusan tol maka sekurang-kurangnya 1.90 sehari dapat dijimat.
RM57 angka yang sesuai digambarkan berapakah kadar penjimatan yang bakal dinikmati rakyat hasil pengumuman ini.
Kerajaan memang sangaaaaaaaat baik kepada rakyat !!!
Apa lagi yang pembangkang mahu fitnah kepada kerajaan?
Mana duit yang mahu diberi kepada rakyat?
Jangan tabur janji baru jika janji palsu dan janji berjanji seperti munafik ketika janji lama masih lagi gagal dijelma.
Sayang jika kerajaan sedia ada gagal kekalkan kuasa!
Sayang jika penyangak yang naik takhta kerajaan kita dengan menggunakan fitnah dan penipuan merata-rata.
Sayang jika kita gagal guna undi kita untuk mengekalkan Datuk Seri Najib Razak dan BN untuk terus berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.