Sehari sebelum kejadian yang hampir meragut nyawa Panglima semalam, berpuluh sahabat Panglima di FB mengucapkan selamat hari jadi dan panjang umur murah rezeki.
Alhamdulillah ternyata doa mereka diberkati Allah hingga terbukti Muhammad Ali pemilik FB tersebut selamat tanpa sebarang kecederaan atau patah tulang.
Terima kasih kepada yang mendoakan dan sebagai tanda penghargaan ucapan mereka disiarkan kembali di atas ini.
Alhamdulillah dan mari kita doakan pula keselamatan negara kita dari peliwat, penyangak, pengkhianat dan penyamun yang mahu melihat dan membiarkan agama dan bangsa kita makin menderita di tanah air sendiri.
Doa kita pasti ada yang suci dan terus diterima Allah Maha Esa tanpa hijab.
Ayuh kita ajak kawan-kawan kita doakan YAB Perdana Menteri kekal menjadi pemimpin utama kita untuk kemakmuran dan kebahagiaan yang berpanjangan demi alif ba ta.
AMIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.