Akhirnya YB Fuziah terpaksa mengaku selepas diserang di twitter oleh Panglima isu Lynas. Katanya memang ada. Lihat gambar di bawah bukti yang dimaksudkan. Namun beliau cuba pusing lagi dengan mengatakan ia dibina di padang pasir bukan dekat kediaman penduduk. Taktik untuk menutup kelemahan hujjah beliau isu ini.
http://news.smh.com.au/breaking-news-business/whyalla-chosen-for-rare-earths-complex-20100917-15fa9.html
Yang cuba ditunjukkan oleh pembangkang sebelum ini ialah Australia tidak mempunyai kilang nadir bumi dan menolaknya ke sini seolah-olah Malaysia tidak perihatin keselamatan rakyatnya. Namun hari ini jelas ia telah dapat dibongkar oleh blogger dengan bantuan rakan yang mengetahui fakta kes ini.
Isu berhampiran kediaman tidak sepatutnya menjadi faktor penolakan kumpulan Anti Lynas, kerana semua sudah jelas bahawa ia dibina dengan mengambil kira semua aspek keselamatan dan diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Atom Antarabangsa (IAEA) termasuk oleh agensi AELB Malaysia.
Selain tawaran pihak Kerajaan dan kos yang rendah, Gebeng dipilih kerana ia senang untuk tujuan dieksport ke luar negara. Kini hanya China yang menjadi pengeksport tunggal bahan nadir bumi atau rare earth dan apabila Lynas mengeluarkan hasil, dijangka pendapatan untuk negara kita akan bertambah tanpa merosakkan alam sekitar sedikitpun.
Jarak dengan kawasan penempatan bukan alasan ia perlu diberhentikan kerana Lynas sendiri menjamin keselamatan komuniti seperti yang disiar dalam web mereka di bawah.
Cukup-cukuplah YB. Kami dah jelek dengan gaya politik murahan seperti ini. Rakyat juga tidak mudah ditipu isu Lynas dan buktinya hanya 588 orang sahaja menyukai Fanpage Stop Lynas Coalition (SLC) seperti gambar di atas.
http://fremantle.inmycommunity.com.au/news-and-views/local-news/Rare-earth-radiation-not-a-risk/7616169/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.