Pages

26 Mac 2012

Gambar Pemimpin PAS Pimpin Doa Bersama Sami Paderi - Bukti Pluralisme Islam Liberal ?

Gambar di bawah ialah YDP PAS Kawasan Batu sedang memimpin bacaan doa 

 


Antara isinya : 

Seterusnya semua hadirin diminta untuk membaca doa mengikut cara anutan agama masing-masing. Cikgu Ishak Surin yang berkopiah, berada di tengah-tengah, bersama pimpinan penganut Buddha, Kristian dan Katolik - gambaran yang paling harmoni pada malam tersebut.

Apabila tiba giliran Cikgu Ishak memimpin bacaan doa, kesemua peserta, yang kebanyakannya daripada bukan Muslim, berdiri diam merenung Cikgu Ishak.  

Jika tidak percaya tulisan di atas sila lihat imej ini :



Apa yang boleh disimpulkan secara halus fahaman Pluralisme yang menganggap semua agama adalah benar cuba disebarkan. 

Meskipun kita tidak mengaku agama lain tidak benar namun ia tidak bermakna Allah membenarkan kita menghina ajaran mereka.

Namun ia tidak pula bermakna kita boleh berdoa bersama agama lain hingga menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

Perkara ini sangat serius dan wajar jika Jabatan Agama Islam mengeluarkan kenyataan adakah ia diterima atau bercanggah dengan ajaran agama kita.

Setahu panglima  Rasulullah saw dan para sahabat tidak pernah membuat perbuatan seperti ini dan semestinya ia boleh dianggap sebagai satu bidaah yang dholalah.

Kaedah usul fiqh menyebut, mengelak mudarat lebih utama dari mendapat manfaat - wajar diberitahu kepada mereka agar perbuatan yang mungkin berniat baik namun disalahertikan oleh rakyat hingga boleh memudaratkan akidah mereka, tidak patut diulang lagi dan wajar dikecam oleh para alim ulama negara kita.

Islam Liberal atau Pluralisme Agama sangat bahaya...

Laman web untuk mengetahui isi ajaran Islam Liberal boleh dibaca di sini http://www.haluan.org.my/v3/index.php/ancaman-islam-liberal/



PAS jelas tidak boleh dipercayai dan ada 21 sebab kenapa anda perlu menolak PAS pada PRU akan datang...


http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/10/21-dalil-bukti-pas-lidah-bercabang.html 






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.