Pages

14 Mac 2012

KEMPEN HENTIKAN BAHAN PORNOGRAFI DI ALAM MAYA CC @NajibRazak


 


BANNAR DI ATAS IALAH KEMPEN MENOLAK UNSUR PORNOGRAFI DALAM ALAM MAYA BERTUJUAN MENJADIKAN BLOG TEMPAT TUMPUAN RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA MUDA-MUDI NEGARA AGAR BERSIH DARI BAHAN PORNOGRAFI YANG MEROSAKKAN MINDA MEREKA.

MESKIPUN KITA MENGAKUI IA DAPAT MEMBUNUH KARAKTER MUSUH POLITIK DALAM KEMPEN PILIHANRAYA NAMUN IA JUGA MENGANDUNGI KESAN SAMPINGAN YANG TIDAK DISUKAI PENGUNDI MUDA DAN JUGA REMAJA. SELAIN MENGGAMBARKAN BAHAWA UMNO HANYA MEMILIKI BAHAN PORNO UNTUK MENUMPASKAN LAWANNYA.

PENGGUNAAN BAHAN PORNO UNTUK MENAIKKAN HITS JUGA MEMBINA PERSEPSI BAHAWA BLOGGER TIDAK MEMPUNYAI KEKUATAN ANALISA DAN FAKTA UNTUK  MENARIK PEMBACA. SEDANGKAN KEKUATAN BLOGGER SEBENARNYA IALAH PADA TULISANNYA YANG MAMPU MEMBINA MINDA DAN MEMECAH PERSEPSI YANG SALAH PEMBACA.

MAKA SESIAPA BERSETUJU KEMPEN INI BOLEH MENGGUNAKAN LOGO YANG DIREKA OLEH RAKAN PANGLIMA BLOGGER APA (AKU TAK PEDULI)  SEMENTARA MENUNGGU LOGO LAIN YANG SEDANG DISIAPKAN. LOGO BPN DIGUNAKAN SEBAGAI GABUNGAN RASMI BLOGGER UNTUK KEMPEN INI.

SEMOGA USAHA INI DAPAT MEMBERI GAMBARAN BAHAWA KERAJAAN BN TIDAK MEMERLUKAN PORNOGRAFI UNTUK MEMENANGI PILIHANRAYA. BANYAK LAGI ISU LAIN YANG TELAH BERJAYA MENGGEGARKAN MUSUH SEPERI SOKONG ISRAEL, PERGOLAKAN PAS KEDAH, KHALWAT USTAZ PKR, SKANDAL PASIR DAN KONTRAK SELANGOR DAN LAIN-LAIN LAGI.

BAHKAN TIDAK MUSTAHIL JASA BAIK KERAJAAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT AKAN MUSNAH APABILA KEMPEN PORNO DAN LUCAH INI DIGUNA UNTUK MENANAM KERAGUAN TERHADAP PEMBANGKANG. 

TUN MAHATHIR DAN JUGA YAB PERDANA MENTERI JUGA TIDAK PERNAH MENERIMA KEMPEN LUCAH DAN PORNO YANG JELAS TIDAK BERETIKA DAN TIDAK AKAN MEMBANTU MEMBINA MINDA YANG BERKUALITI SEPERTI ENTRI PANGLIMA SIARKAN SEBELUM INI : 
 

UNTUK MEMAHAMI KENAPA KEMPEN INI DIANJURKAN, ARTIKEL DI BAWAH INI SESUAI UNTUK DIBACA.




Oleh: GreenHood

“What doesn’t kill you makes your stronger, stand a little taller...”, kata Kelly Clarkson dalam lagu terbarunya.

Saya harus bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya. Sewajarnya orang UMNO khususnya dan penyokong BN amnya sedar bahawa ini boleh teraplikasi dalam kehidupan harian. Lebih khusus... dalam politik harian.

Mari ambil contoh isu politik semasa.

Berapa kali Anwar Ibrahim dikaitkan dengan salah laku moral... SEKS!

Anwar Ibrahim pertama kali dilibatkan dengan salah laku seks pada tahun 1998. Sewaktu itu zaman Mahathir menjadi perdana menteri. Akhirnya Anwar sangkut dan dipenjarakan. Tapi bukan atas kesalahan seks. Beliau dipenjarakan kerana salah guna kuasa. Tidak kiralah kalau pun dalam penghakiman ada menyebut bahawa mahkamah mempercayai perlakuan seks songsang berlaku atau tidak. Turut dikaitkan dengan Anwar pada masa tersebut adalah seorang wanita bernama Norlaila. Yang mendakwa dirinya bersetubuh dengan Anwar dan membuat pengakuan ke pejabat agama Islam yang berkaitan.

Lucunya, hingga kini tiada pertuduhan dikenakan ke atas Anwar bersangkut paut dengan dakwaan Norlaila.

Selepas bebas dari penjara, sekali lagi Anwar dikenakan tuduhan salah laku seks dikenali sebagai kes ‘liwat II’. Belum pun selesai penghakiman, beliau disensasikan dengan kes ‘china doll’. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Media perdana mahu pun maya mensensasikan isu-isu seks Anwar melebihi keputusan mahkamah. Kalau pun end game kes ‘trio Datuk T’ menyebut dalam penghakimannya bahawa terdapat bukti jelas bahawa 99.9% pelaku seks dalam video tersebut adalah Anwar, yang menjadi pertikaian umum adalah mengapa Anwar tidak disabitkan bersalah. Yang bersalah adalah ‘trio Datuk T’ dan mereka yang terlibat dihukum membayar denda.

Menjelang ‘901’, Anwar terbukti kebal dari tuduhan seks yang dikenakan ke atasnya. Empat percubaan semenjak 1998 hingga 2012 - terbukti tiada satu pun kes yang mensabitkan beliau bersalah.

Apa yang berjaya hanyalah pembentukan persepsi. Persepsi bahawa Anwar adalah seorang ‘kaki seks’. Selain dari itu...nothing !

Anwar dengan senang hati bergerak ke sana ke mari. Malah mengelilingi dunia memberitahu bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik pihak yang menentangnya. Semua pertuduhan seks yang dikenakan ke atasnya sama ada melalui pertuduhan rasmi iaitu mahkamah atau kata nista berbentuk cacian dan makian, semuanya hanyalah untuk menjatuhkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.

Anwar bangkit dengan membawa harapan rakyat. Kononnya memperjuangkan hak rakyat yang selama ini ditindas oleh kerajaan sedia ada. Kerajaan yang tidak pernah berubah semenjak kemerdekaan. Produk yang cuba ‘dijual’ oleh Anwar bukannya salah laku seks kepimpinan utama kerajaan. Bukan salah laku seks menteri-menteri kabinet kerajaan persekutuan. Sebaliknya produk yang ‘dijual’ oleh Anwar adalah rasuah, korupsi, kronisme, nepotisme dan berbagai lagi yang menyentuh secara langsung akan kepentingan rakyat.

Sekali lagi ingin saya katakan di sini... bahawa UMNO khususnya dan BN amnya mesti sedar. Apa produk yang cuba dibawa oleh Anwar mesti ditentang dengan produk yang lebih baik.

Dalam banyak perkara, hanya produk ‘reformasi’ yang dibawa oleh Anwar berjaya dilawan oleh produk ‘transformasi’ Najib. Produk ‘transformasi’ idea Najib mula menapak di hati rakyat. Begitu juga dengan produk ‘1Malaysia’. Ia dilihat lebih menarik dari slogan ‘negara berkebajikan’ dan teori ‘buku jingga’. 

Selebihnya, produk ‘seks’ yang dijual oleh UMNO-BN bukan sahaja tidak dapat membunuh Anwar bahkan menguatkan lagi diri Anwar dan pakatan pembangkang.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.