Leka layan rakan, Jimmy tampar isteri ketika bulan madu
SHAH ALAM 5 Mac - Pengacara Jimmy Shanley hari ini mengakui menampar isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy ketika mereka sedang berbulan madu di Pulau Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.
Jimmy yang memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini berkata, kejadian itu berlaku selepas mereka berselisih faham berikutan isterinya yang leka melayan rakan-rakan melalui laman web sosial di Internet sehingga pukul 1 pagi dan mengabaikannya.
“Walaupun jauh daripada rakan-rakan, dia masih berhubung dengan mereka melalui Internet dan pada 18 Oktober 2010 saya ajak dia tidur tapi pelawaan saya ditolak dan saya telah pujuknya berkali-kali tapi tidak diendahkan.
“Untuk elak saya lafaz perkara yang tidak sepatutnya dan tidak mahu ada kekasaran, saya bertindak menyewa bilik bersebelahan bilik kami....
Moralnya : jangan abaikan tugas sebagai suami atau isteri kerana leka dengan internet. Ramai sudah bercerai kerana internet dan perlu kita berhati-hati menggunakannya.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.