Ketika kejadian yang berlaku begitu pantas, Panglima yang sedang membuat zikir harian sambil memandu, tidak sedar sudah melanggar dinding konkrit tepi jalan dan terbalik.
Selepas itu tanpa membuang masa Panglima menendang cermin pintu pemandu sebelum merangkak keluar khuatir kereta yang berusia 15 tahun jenama Mazda Cronos tersebut, meletup seperti kebiasaan jika kereta terbalik.
Mujurlah tali pinggang dipakai dan ia banyak menyelamatkan Panglima dari tercampak keluar ke jalan raya.
Selepas menghubungi pihak polis, ada anggota yang baru balik bertugas membantu mengawal lalu lintas agar tidak berlaku kemalangan lantaran kereta Panglima terlentang atas jalan.
Ramai yang singgah termasuk pemandu teksi menghulurkan bantuan sehingga Panglima tidak keseorangan di tepi jalan.
Mujurlah kata ustaz Fauzi (antara guru rujukan Panglima) yang dihubungi memberitahu, berkat zikir itulah yang menjadikan malaikat memelihara kita sehingga tidak ada sebarang patah tulang atau cedera kecuali terseliuh jari kelingking sahaja.
Maha Suci Allah yang menyelamatkan hambaNya untuk menunjukkan bukti pemeliharaan Dia kepada kita jika selalu menyebut dan mengingatiNya.
Panglima bukan orang sempurna, tahu ada kekurangan yang sangat banyak, sangat berharap dapat menimbus lubang dosa dengan pahala sabar atas ujian yang diduga kepada Panglima ini.
Inilah kali pertama ditimpa kemalangan sejak mula memegang stereng seusia 17 tahun dan ia pasti mengandungi hikmah yang besar di sebaliknya. Kita tunggu hikmah sebaliknya.
Panglima dihantar pulang jam 5 pagi oleh wakil syarikat trak tunda.
Sekian dulu laporan pagi ini, terima kasih berkat doa kawan-kawan FB sempena birthday Panglima semalam juga membantu Panglima mendapat perlindungan Allah.
Terlalu ramai mendoakan dan pasti doa mereka dimakbulkan Allah Yang Maha Penyayang.
Terima kasih dan semua yang mengucapkan ucapan selamat Panglima akan siarkan di sini sebentar lagi.
Wassalam.
13 ulasan:
asalamualaikum anakanda, Maha Suci Allah yang menyelamatkan hambaNya untuk menunjukkan bukti pemeliharaan Dia kepada kita jika selalu menyebut dan mengingatiNya. wbt
SHUKUR ALHAMDULILLAH PANGLIMA SELAMAT. BERSABAR DAN BEREHATLAH DAHULU. PULIHKAN SEMANGAT DAN KEYAKINAN DALAM KEADAAN YANG SEGERA. INSHAALLAH.
salam,
Alhamdulillah.... syukur atas keselamatan dgn izinNya.
banyakkan bersabar dan beristigfar sahabatku...
Byk bersabar semua yg berlaku adalah ketentuan Ilahi, yang penting selamat dan pandang depan,jgn putus semangat dgn cubaan Allah.
Allahuakbhar....baru dpt tau cerita..semuga Ustaz dlm keadaan baik...ujian Allah...dan selamat menyambut hari kelahiran...sorry terlambat...heheheee
alhamdulillah selamat semuanya.
Salam,
TokPakir baru terbaca insiden yang dilalui Panglima. AlhamduliLlah Panglima selamat. Semoga Allah subhanahu wata'ala mengganti sebarang jenis kehilangan dengan yang lebih baik insyaAllah.
Jika tidak keberatan mohon dikongsikan dzikir yang baik untuk dijadikan amalan bersama.
Wassalam,
TokPakirKD
alhamdulillah..
alhamdulillah... Panglima selamat...
syukur selamat. aminnnnnnnnnn. harap bukan konspirasi :-)
Allah lakukan sesuatu atas sifatNya yg Maha Berkuasa untuk kita bermuhasabah. Syukurlah semuanya selamat...
Tq atas komen ikhlas kawan2...
Ujian dtg x kira bila...
Catat Ulasan