Mawi, keluarga disamun 4 perompak bersenjata
HULU LANGAT 26 Mac - Biarpun masih berpantang selepas sebulan melahirkan anak sulung, Ekin, isteri kepada artis popular, Asmawi Ani atau Mawi, 31, tetap menggagahkan diri untuk bangun membuka pintu kerana menyangka neneknya ditimpa kecemasan apabila mengetuk kuat pintu bilik tidurnya, awal pagi ini.
Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, degupan jantung pelakon tersebut bagaikan terhenti seketika apabila melihat neneknya, Salmah Sahan, 77, sedang dipegang oleh tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.
Perompak kemudian terus meluru masuk ke dalam bilik mendapatkan suaminya, Mawi yang sedang tidur di atas tilam di lantai dan ibu Ekin, Fatimah Saad, 55, yang tidur di atas katil bersama bayi perempuannya, Cahaya Malaika yang baru berusia sebulan.
...Utusan Malaysia
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan