Pages

19 Mac 2012

MB @Khalid_Ibrahim Tergugat Ucapan Mohon Maaf PM@NajibRazak Lalu Gantung Terima Kasih ?

Gambar diambil di Salak Tinggi Sepang semasa ke sana sebentar tadi.

Di persimpangan lampu isyarat hadapan stesen bas Salak Tinggi.

Semalam mereka juga buat ceramah membariskan enam pemimpin Pakatan Rakyat di Stadium Salak Tinggi.

Adakah Sepang dipilih kerana lokasi Kordinator BN Selangor Datuk Ir Mohd Zain?

Semalam mereka menyerang Putrajaya dan langkah mereka ini wajar diperhati dengan cermat oleh pihak kita.

Harap kita telah gempur tempat pemimpin utama mereka seperti mana di Wilayah Persekutuan semalam yang mana anak Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Bahang PRU 13 makin panas dan tidak mustahil makin banyak fitnah dan kisah lama akan dibangkitkan untuk dijadikan modal.

Selepas Kitab suci Jingga mereka gagal dijadikan modal untuk menipu rakyat dalam pilihanraya hasil serangan bertalu-talu BN dan bloggers terhadap mereka.

Jika PM meminta maaf atas kesilapan dan TPM juga mengakui ada kesilapan, ia melambangkan sikap jiwa besar mereka sebagai seorang pemimpin.

Manakala ucapan terima kasih pula menunjukkan seolah Pakatan tidak
bersalah walaupun dihimpit isu skandal pasir, sampah, kronisme, murtad, dll dan ia jelas kesilapan yang tidak akan dimaafkan rakyat Malaysia.

Patutlah Khalid Ibrahim berterima kasih mungkin kerana sudah banyak dapat dikaut dalam masa tiga tahun ini ? Boleh jadi beliau tahu rakyat Selangor sudah terlalu marah hingga enggan memaafkannya lalu mengambil keputusan tidak mahu meminta maaf.

Adakah anda mahu memilih mereka lagi?

Jangan keliru pilihlah parti yang telah terbukti mengutamakan rakyat bukan diri dan kroni mereka sendiri.

Sekian, mohon disebarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.