Pages

09 Mac 2012

Pakatan umum pendirian bubar DUN 13 Mac dan Anak Karpal Bakal KM Pulau Pinang ? Cc @NajibRazak @cmlimguaneng

MELAKA - Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan membuat satu ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Petanda pilihan raya umum akan datang "sudah dekat" berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelarasan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam hari ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT) di sebuah hotel di sini, hari ini.

"Ini adalah satu petanda pilihan raya (umum ke-13) sudah dekat, kemungkinan selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 12 April depan atau mungkin pada bulan Mei depan," katanya.

Sambil mengesahkan bahawa beliau akan terus bertanding di Pulau Pinang, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan terus bekerja keras mempertahan semua kerusi yang telah dimenangi.

Pada 17 November tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan
Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

PR yang dianggotai PKR-DAP-PAS memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 2008. Bernama 


Panglima : jika mereka ingin mengadakan pilihanraya berasingan, itu lebih baik untuk kekalahan Pakatan.

Jika mereka mengadakan serentak dengan negeri lain, ia juga tidak menjamin kemenangan mereka untuk kali kedua kerana rakyat sudah jemu dengan retorik Pakatan yang pandai bermain wayang bukannya serius merancang untuk kesejahteraan rakyat.

Lihat masalah sampah di Selangor hari ini membuktikan perbezaan antara kerajaan sekarang di bawah Pakatan dan kerajaan BN yang berjaya menguruskan masalah sampah hingga menjamin keselesaan rakyat.

Kesediaan LGE terus bertanding di Pulau Pinang juga membuktikan Cina Melaka tidak dapat menerima beliau dan juga menunjukkan DAP Pulau Pinang terpaksa memberi laluan kepada LGE atas keistimewaannya sebagai anak diktator (?) Lim Kit Siang.

Apa kata Karpal Sing pula letakkan anaknya Gobind Singh sebagai Ketua Menteri tentu 'perang besar' akan terjadi antara beliau dan Lim Kit Siang jika perkara ini ditimbulkan.

Masakan Cina mahu anak Karpal menjadi Ketua Menteri walaupun jika berdasarkan keadilan pandangan Pakatan iaitu konsep samarata, anak Karpal juga patut diberi peluang menjadi Ketua Menteri!

Jika berani kita tunggu respon mereka akan soal ini.Wartawan apa lagi boleh tanya DAP kesediaan mereka memilih calon tempatan seperti Gobind Singh sebagai Ketua Menteri.

Sekian, mohon disebarluaskan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 ulasan:

  1. mana bole adakn serentak bro. pakatan blm habis lagi rompak, gadai dan jual harta2 kjaan negeri. blm puas lg tu.

    BalasPadam
  2. Anwar Ibrahim pastinya gembira dengan berita ini. Apa tidaknya, jika orang sikh yang jadi KM boleh la Anwar Ibrahim bergelek sampai malam.

    BalasPadam
  3. PADA SAPE YG SOKONG PR NI AKU RASA DIAORG X PATUT KOT REPORT POLIS BILA ANAK BINI DIAORG KENA ROGOL DAN BUNUH..

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.