Haji Ghazali Abas |
Daerah kecil Pengerang yang selama ini terkenal dengan makanan laut telah dikejutkan dengan beberapa isu ekoran dari keputusan kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor untuk membangunkan kawasan itu dengan pembinaan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas Loji yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tidak berapa lama dahulu.
Projek yang di anggarkan bernilai hampir 60 billion itu, adalah merupakan salah satu dari program pembangunan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang terbesar dan termoden di rantau ini. Perdana Menteri ketika menyampaikan amanatnya kepada 10,000 warga kampus sempena Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di Universiti Teknologi MARA baru-baru ini, juga mengatakan selain dari menjana pendapatan ekonomi negara ia antara lainnya, mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, Haji Ghazali Abas ketika di hubungi mengatakan majoriti penduduk mengalu-alukan projek pembangunan ini. Selain menjana pendapatan penduduk yang selama ini bergantung hidup dengan hasil tangkapan ikan dan pertanian ia juga dilihat mampu untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa dan teratur kepada penduduk kampung yang terlibat.
"Ia merupakan satu rahmat kepada penduduk Pengerang dan kepada rakyat Johor secara keseluruhanya. Pembangkang dilihat cuba mengambil kesempatan di atas isu ini untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat dengan mengaitkan pembangunan ini dengan isu Lynas di Pahang. Mereka juga turut mengaitkan projek dengan kesan radioaktif dan bakal menyebabkan lelah dan penyakit, khasnya kanak-kanak dan orang tua yang akan hilang imuniti secara perlahan-lahan dan sebagainya"
Ini kerana menurut beliau pembangunan ini bukanlah yang pertama kali ingin dilakukan oleh kerajaan. Sebelum ini negara telah mempunyai hub simpanan minyak di Terengganu, Melaka dan Johor. Malahan negara jiran seperti Singapura juga mempunyai hub simpanan minyak seperti ini katanya lagi ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Keadilan merangkap Ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.
"Kalau betul projek ini bahaya, secara logiknya sudah tentu rakyat di negeri Terengganu, Melaka dan Johor telah tercemar dengan kesan radioaktif dan mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan tadi. Namun ini tidak berlaku. Oleh itu saya melihat kenyataan itu hanya merupakan sangkaan jahat untuk mengagalkan projek pembangunan ini" katanya lagi.
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.