Pagi ini sambil memeriksa statistik blog Panglima dapati pembaca blog Panglima luar negara paling ramai datangnya dari Amerika.
Dalam masa sehari ( 8.00pagi semalam - 8.00 pagi ini ) hampir 500 ratus datang dari Amerika, ia satu petunjuk yang bermakna.
Negara lain juga seperti UK, Japan, Singapura termasuk United Arab Emirates turut singgah di sini.
Alhamdulillah walaupun tidak meletakkan gambar lucah, seksi namun masih ramai mengunjungi blog Panglima yang bukannya blogger sepenuh masa.
Sukar untuk menceritakan perkara lucah kerana latar belakang Panglima belajar agama di Al Azhar Mesir menghalangnya dari berlaku.
Isu-isu yang sudah ada seperti sokongah Anwar kepada negara haram Israel sudah lebih dari cukup untuk mematahkan hujjah pembangkang dan cukup berkesan untuk mengubah pandangan rakyat dari terus menyokong mereka.
Sebagai blogger pembela negara, jagalah nama baik parti dan kerajaan agar usaha baik Perdana Menteri tidak akan musnah disebabkan kesilapan kita membawa imej negatif di blog.
Menulislah demi kebenaran bukan kerana wang atau ingin kemasyhuran dan perempuan.
Pena yang tajam mampu menghancurkan makar Pakatan Dajjal yang ingin memerintah Malaysia dengan bala tentera mereka yang boleh berada mungkin di kanan kiri depan belakang anda ketika ini.
Dengan syarat kita memohon kekuatan Allah dan batalion tenteraNya agar membantu kita dalam perjuangan hebat di akhir zaman ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.