Pagi ini penulis membuat sedikit tinjauan ke beberapa blog terkenal Pakatan seperti yang disebut di bawah. Tinjauan ini penting untuk mengenal pasti apakah yang mereka telah bangkitkan dan apakah jawapan yang boleh disumbangkan di sini.
Antara yang ditimbulkan oleh beberapa buah blog pagi ini ialah kisah pinggan majlis pertabalan YDP Agong berharga RM6000 sebuah. Dalam hal ini nampak seperti Dr Asri yang menerima email tersebut menyiarkannya untuk mendedahkan perkara yang dianggap perlu disiasat.
Namun pada pandangan penulis ia seperti telah mencalit arang ke muka institusi Raja di negara kita. Sepatutnya perkara ini tidak perlu dihebahkan oleh seorang cerdik pandai bertaraf Dr seperti beliau kerana kita tahu isu seperti ini wajar diselesaikan mengikut saluran yang sesuai dan tidak menimbulkan sangkaan buruk kepada Istana Negara dan juga Kerajaan Malaysia.
Apatah lagi ia ditimbulkan hanya beberapa hari selepas pertabalan YDP Agong ke 14. Bagaiman email dari London boleh memastikan dakwaan tersebut adalah benar sedangkan ia sepatutnya didedahkan oleh mereka yang berada di Malaysia dan mempunyai akses kepada sumber dalam Istana ?
Mereka akan menjawab bahawa dunia tanpa sempadan hari ini memungkinkan ia berlaku. Namun kenapa pihak tersebut tidak berani membuat aduan kepada SPRM atau biar sahaja Dr Asri membuat laporan tersebut kerana beliau yang mendedahkannya ? Jawapan kita cukup mudah, buat laporan SPRM untuk menyiasat dan Dr Asri orang paling sesuai ekoran beliau yang menghebahkannya di alam maya.
Selain itu pembangkang juga cuba menggambarkan YAB PM kita seorang yang hidup mewah. Maka disiarkan dakwaan tanpa bukti seperti kos air eletrik PM yang bernilai ratusan ribu, harga cincin Rosmah, kos pertunangan anak yang didakwa diambil dari duit Kerajaan, dan terakhir isu lembu NFC Shahrizat bernilai ratusan juta.
Blog tersebut :
Peliknya ketika blogger pembangkang galak menyentuh isu peribadi Perdan Menteri tanpa disertakan bukti kukuh, kenapa manifesto Pakatan di empat buah negeri gagal dijelaskan oleh blogger mereka sejauh mana ia dilaksanakan. Sejak dulu hingga kini penulis masih mencari sejauh mana janji yang ditabur telah dilaksanakan. Juga pembentangan kejayaan pemerintahan Pakatan juga gagal ditemui statistiknya atau video pembentangannya hingga kini. Apakah rakyat tidak kisah asalkan Pakatan dapat memerintah tanpa perlu membentangkan sejauh mana pencapaian 'syarikat' Malaysia kepada 'ahli lembaga' iaitu rakyatnya seperti kita semua ?
Jika benar maka malanglah rakyat yang cuba diperbodohkan dengan janji-janji dan akhir sekali janji tersebut diulang kembali dengan penambahan janji baru dengan harapan janji ini akan ditelan sekali lagi oleh rakyat. Mereka yang menabur janji sudah tentu sangat takut jika soal janji ini dibangkitkan dan diulang setiap hari ke minda dan perhatian rakyat jelata.Kerana mereka ternyata telah gagal melaksanakan segala janji dan dan akan gelap masa depan memerintah lagi selepas PRU 13 akibat kegagalan mereka sendiri.
Kita tidak perlu untuk membongkar sisi gelap pemimpin Pakatan untuk memusnahkan mereka seperti video seks, kerana bukti kegagalan mereka memerintah beberapa negeri dengan menidakkan janji yang dilaungkan, sudah lebih dari mencukupi untuk kita gunakannya dalam memastikan rakyat sedar siapakan pemimpin yang mengisi barisan kepimpinan di dalamnya. Kerana itu demi mengekalkan kuasa maka rakyat dijanjikan bulan dan bintang walaupun mereka sedar jika sudah tumbang, susahlah mereka akan dapat merampas kembali kerusi yang terlepas dari tangan.
Fikirlah...
Jika anda sayang PM maka jangan ragu, teruslah undi BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.