Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Ketika sahabat pembaca membaca artikel ini sudah tentu di saat fikiran sedang tenang selepas menyelesaikan sekelian banyak tugasan di rumah atau pejabat.
Jangan kita membandingkan Najib Razak dengan sesiapa pun kerana setiap orang sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri dan juga ada kelemahannya. Juga jangan melihat keburukan namun tiliklah kelebihan yang diberi Allah kepada beliau.
Namun kita yakin dan percaya rakyat sudah banyak melihat,merasa dan mendengar kebaikan yang Allah beri kepada kita melalui beliau.
Jika beliau gagal menjadi Perdana Menteri, sudah tentu tidak akan ada sedikitpun kejayaan yang dicapai oleh Malaysia samada untuk diri,keluarga dan masyarakat kita amnya.
Namun hari demi hari satu persatu kejayaan dicapai oleh Malaysia.
Bukti tentang perkara di atas ada di sini http://youtu.be/xhAI0z8gmE4
Adakah mahu kita menukar 'pemandu' sedia ada kepada pemandu yang terbukti hampir menenggelamkan negara kita ketika mahu menerima IMF semasa lapan tahun menjadi Menteri Kewangan iaitu Datuk Anwar Ibrahim?
Klik sini http://www.anwaraidc.com/ kupasan lengkap isu IMF dan Anwar Ibrahim
Doa kita, agar rakyat terbuka mata hati mereka dan terbuka akal waras yang dikurniakan Allah agar dapat membuat sebaik pilihan dengan terus memilih BN yang menjadi parti Najib Razak.
Sungguh rugi jika pemimpin sehebat,selembut,serendah hati,semesra seperti beliau ditumbangkan oleh ombak tipudaya dan fitnah yang keji dan menjijikkan... Peliknya ketika Anwar Ibrahim dilontar berbagai tuduhan beliau hanya menikus mendiamkan diri, tetapi apabila Najib Razak ditohmah membunuh Altantunya tangkas beliau bangkit bersumpah di masjid sebanyak empat kali.
Allah tolong panjangkan usia pemerintahan YAB Perdana Menteri kami dan sekelian saf kabinetnya untuk masa depan kita dan anak cucu yang bakal menyusul selepas kematian kita semua bila-bila masa...
Tolonglah BN demi anak cucu kita agar tidak menderita selepas kita tiada lagi bernyawa.
Ikhlas dari hati,
Muhammad Ali
Blogger Panglima Perang Cyber
www.penembak-tepat.com
JUMAAT 9.16 PM 7.4.2012
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.