Nampaknya bukan sahaja Kerajaan, Barisan Nasional jadi sasaran cemuhan pembangkang, namun kini kereta terbaru Proton jadi sasaran. Mereka menyebarkan gambar kereta Nasional kita atas alasan tidak berkualiti. Jelas blog mereka mempunyai agenda bukan sahaja politik tetapi melibatkan kepentingan Nasional seperti Proton. Jika sudah mencemuh produk negara sendiri lebih baik bloggers Pakatan ini berpindah jadi rakyat Papua New Guinea. Kereta Toyota pun kena tarik balik mereka tak kisah pun. Tetapi kenapa mahu burukkan kereta kebanggaan rakyat Malaysia ???
Lihat berita :
Beberapa hari lepas, Toyota memanggil semula 106,000 unit kereta generasi pertama Prius hibrid yang dijual di seluruh dunia kerana masalah stereng yang disebabkan satu nat yang mungkin longgar. Menurut syarikat pengeluar kereta itu, satu nahas kecil yang dipercayai melibatkan masalah tersebut dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS).
Pemanggilan semula itu melibatkan 48,000 model Prius di Jepun yang bermula dengan generasi pertama yang dijual pada 1997 dan dikeluarkan pada 2003. Masalah itu juga menjejaskan 58,000 buah kereta tersebut yang dijual di seluruh dunia termasuk 52,000 unit yang dijual di AS antara tahun 2001 hingga 2003.
Menurut jurucakap syarikat berkenaan, Paul Nolasco, kira-kira 1,200 unit kereta itu dijual di Britain manakala 800 lagi di Jerman. Masalah itu boleh dibaiki dengan meletakkan nat yang lebih ketat dan memerlukan hanya kira-kira empat jam untuk dibaiki. Menurut syarikat Toyota, jika nat lama itu dibiarkan berfungsi bagi tempoh yang panjang ia akan menyebabkan berlaku belokan kuat di bahagian kiri.
Sumber : KOSMO Online
Baca lagi :
TOKYO – Pembuat kereta terkemuka, Toyota menarik balik hampir 1.7 juta unit kenderaannya di seluruh dunia, sekali gus memburukkan lagi reputasinya di pasaran Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini berdepan dengan masalah sama.
Menurut Toyota, tiada kemalangan disyaki berlaku berkaitan penarikan terbaru itu.
Namun, ia menerima 77 aduan di luar negara dengan 75 dari Amerika Utara dan lebih 140 aduan lagi di Jepun.
Salah satu masalah yang diumumkan semalam adalah pemasangan tidak kemas satu alat pengesan yang berperanan mengukur tekanan bahan api.
Ia boleh menyebabkan alat pengesan itu menjadi longgar akibat getaran enjin dan mengakibatkan kebocoran minyak.
Masalah itu melibatkan 280,000 unit kereta Lexus di Amerika Utara dan Eropah.
Ia turut meliputi model Lexus GS300/350 keluaran tahun 2006 dan 2007, model Lexus IS250 (tahun 2006 hingga 2009) serta Lexus IS350 (tahun 2006 hingga awal 2008) yang dijual di AS.
Masalah sama juga melanda model Crown dan Marx X yang dijual di Jepun.
Masalah kedua melibatkan 141,000 unit model sedan Avensis dan model station wagon yang dijual di Eropah dan New Zealand.
Ia disebabkan oleh masalah pada paip bahan api yang boleh menyebabkan berlakunya keretakan dan kebocoran.
Di Jepun, syarikat itu akan menarik 19 model seperti Noah, Voxy, Caldina dan Isis yang dikeluarkan di antara tahun 2000 dan 2009.
Selain itu, Toyota juga menarik balik 6,000 trak yang dihasilkan oleh Daihatsu Motor Co. dan dijual di bawah jenama Toyota di Jepun. Kenderaan tersebut mengalami masalah pada besi yang melekatkan tayar simpanan dengan bahagian bawah trak. Tayar itu boleh menjadi longgar dan jatuh ke tanah.
Pada lewat tahun 2009, masalah pedal minyak yang terlekat pada karpet lantai memaksa lebih 12 juta kenderaan yang kebanyakannya di pasaran Amerika Utara ditarik semula. – Agensi
Blog yang dimaksudkan :
http://siasahkini.blogspot.com/2012/04/kantoikononnya-inilah-protonproton.html
http://harimau-menaip.blogspot.com/2012/04/proton-preve-jangan-tekan-kuat-kuat.html
http://addin77.blogspot.com/2012/04/kantoi-gambar-proton-preve-kononnya.html
Dulu mereka sendiri mengagungkan kereta toyota Camry hingga habis semua kereta Proton Perdana ditukar di negeri Pakatan dan berita di atas membuktikan produk terkenal pun boleh ditimpa masalah yang lebih dahsyat dari produk Proton Malaysia...
Jangan terkejut ramai penyokong pembangkang bekerja di Proton dan Malaysia menyelamatkan Proton ketika dilanda krisis walau sedar fakta pekerja Proton bukan pro Kerajaan, demi menjaga kebajikan rakyat jelata.
Klik artikel lanjut di sini http://idealismalaysia.blogspot.com/
bangang apa .. jual pun tidak lagi dah komplen? mungkin di kilang lagi tu
BalasPadamnama saja ADDIN tp berblog mcm bukan beragama Islam!! blog dia penuh dgn fitnah & syak wasangka!!
BalasPadam