Pages

23 April 2012

Ini Petanda Mantan Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa Akan Jadi YB Bebas ?




Kuala Lumpur 22 April 2012 - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, menyampaikan ceramah bertajuk Seks Songsang Dari Perspektif Syariah, pada majlis Wacana Kemungkaran Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT) Mengundang Bala Allah, anjuran MUAFAKAT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, disini hari ini. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN


Sementara itu di Stadium UPM Serdang  :


Serdang 21 April 2012 - Mahasiswa dan gabungan NGO membakar poster Ambiga sewaktu mengadakan Perhimpunan Aman menentang Seks Bebas & Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) Terancang anjuran Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia di Stadium Universiti Putra Malaysia, Serdang di sini hari ini. - UTUSAN/IZHAM JAAFAR



  
bendera AMAN KAMPUS gerakan yang mempromosi nilai terpuji 
kalangan mahasiswa seluruh Malaysia turut berkibar



Laporan Utusan Malaysia :



3,500 tentang LGBT, seks bebas

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my



Mahasiswa dan gabungan NGO mengadakan perhimpunan secara aman bagi menentang lesbian, gay, biseksual dan transgender serta seks bebas di Stadium Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.

KUALA LUMPUR 21 April - Lebih 3,500 orang diwakili anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penuntut institusi pengajian tinggi dan golongan muda hari ini menyertai satu perhimpunan aman yang diadakan bagi menentang habis-habisan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks bebas

Perhimpunan anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Stadium Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang itu antara lain melahirkan kebimbangan terhadap penularan seks songsang khususnya dalam kalangan generasi muda.

Sambil mengutuk tindakan beberapa individu, institusi dan NGO yang menyokong gejala itu, peserta perhimpunan turut melafazkan ikrar menentang sesiapa sahaja yang cuba menghancurkan negara melalui amalan songsang berkenaan.

Selain itu, lafaz ikrar dilaungkan bagi menentang pihak yang mahu menghuru-harakan negara serta menjatuhkan raja-raja Melayu, Islam dan Perlembagaan Persekutuan termasuk menyelar sikap pemimpin tertentu yang menggunakan saluran luar untuk tujuan tersebut.

Selain kebanyakan hadirin terdiri daripada pelajar universiti, sebanyak 18 NGO turut menyertai perhimpunan berkenaan antaranya Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi); Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) dan Gabungan NGO Malaysia (GNM).

Pertubuhan lain, Orang Muda Banteras Korupsi (Ombak), Warisan Anak Merdeka, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) serta Waris Malaya.

Turut sama sebuah kelab baru iaitu Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang diketuai bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah ketika berucap di perhimpunan itu berkata, isu berkaitan LGBT dan seks bebas adalah isu akidah dan ia patut 'diperangi' bersama bagi mengelak sesuatu yang buruk melanda negara.

"Baru-baru ini, saya difahamkan ada sebuah pertubuhan menghantar memorandum dan mendesak kerajaan memberi hak kepada perkahwinan sejenis. Mereka ini kononnya berselindung di sebalik hak asasi manusia. Ini kita kena tentang habis-habisan," katanya.

Beliau berkata, JMM dan NGO lain akan bergerak ke beberapa daerah bagi mengedar risalah menyedarkan orang ramai terhadap gejala LGBT dan seks bebas.

"Inilah jihad kita bersama bagi memastikan Malaysia terus selamat," katanya.

Dalam pada itu, beliau ketika ditemui selepas perhimpunan tersebut memberitahu pihaknya akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Isnin ini, berhubung gerakan sebuah syarikat yang didakwa menyalurkan dana kepada NGO dan individu tertentu dalam mempromosikan LGBT serta seks bebas di negara ini.

Katanya, syarikat itu beribu pejabat di sekitar Pasar Seni dan didakwa mendapat bantuan asing seperti penyangak mata wang berbangsa Yahudi, George Soros.

"JMM melakukan risikan selama empat bulan terhadap gerakan syarikat tersebut. Dokumen mengenai gerakan syarikat itu lengkap dan saya akan serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Antara dokumen itu berupa slip bank dan transaksi penyaluran dana," jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Zahid berkata, rakyat yang cintakan kesejahteraan negara perlu menolak LGBT termasuk menentang NGO dan individu yang menyokong gejala itu.

"Perhimpunan ini adalah sebagai menyatakan rasa jijik kita kepada LGBT dan seks bebas. Kalau kita sayang negara, gejala itu harus kita tolak dan tentang," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.