Selangor Tak Akan Bubar DUN Serentak Dengan Persekutuan
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor disaran supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan sekiranya daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membabitkan pengundi negeri itu tidak dibersihkan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, saranan itu tidak membabitkan tiga lagi kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Tambah Anwar, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah mengambil maklum mengenai saranan berkenaan.
Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan daftar pemilih membabitkan tiga lagi negeri lain, Anwar berkata: "Kita tengok paling parah di Selangor mungkin kerana ada fobia nak rampas Selangor."
Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.
http://unitmediasiber.blogspot.com/2012/04/pakatan-selangor-lengahkan-pru-sebab.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.