Penulis agak terlambat mengemaskini berita tentang tsunami semalam kerana masalah bateri Samsung Tab ini telah habis. Ketika itu penulis sedang menuju negeri kelahiran Kelantan dari Kuala Terengganu dan mengambil masa yang amat panjang berbanding biasa kerana singgah di beberapa lokasi mengikut kawan yang mempunyai tugasan.
Ketika gempa berlaku skala 8.7 kami sedang menikmati air kelapa dan goreng pisang panas di Terengganu. Mulanya kawan baik penulis Encik Md Nor mengalami masalah mengakses peta dunia dan selepas itu baru beliau sedar gempa yang sungguh kuat baru sahaja terjadi di Aceh yang turut dirasai banyak negara termasuk Malaysia.
RUNTUH...beberapa individu sedang memerhatikan tembok penjara di wilayah Aceh, Indonesia runtuh susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 hari ini. - Foto AP
( http://www.bharian.com.my/ )
Dalam situasi tersebut beliau menghubungi rakannya di Pulau Pinang dan di sana kata kawan beliau bergelar Mat Din memberitahu, gegaran kuat dirasai di kondo yang diduduki dan jambatan Pulau Pinang juga katanya telah ditutup ekoran berlaku keretakan. Katanya lagi, suasana huru-hara bila semua orang mahu menyelamatkan diri selepas merasai gegaran yang lebih kuat dari gegaran pencetus tragedi Tsunami tahun 2004.
Sejauh mana benar maklumat ini penulis perlu menyemak kembali kerana belum lagi bertemu berita mengenainya walau menjelajah beberapa portal akhbar sebentar tadi. Terkini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Walaupun sudah tiba di kediaman rasmi ibunda dan ayahanda jam 8.30 malam namun kedatangan bapa dan ibu saudara ke rumah membuatkan masa sedikit terbatas. Keletihan seawal jam 5 pagi bangun menaiki kapal terbang jam 7 pagi semalam juga membuatkan penulis begitu keletihan. Hinggalah pulih kembali pagi ini selepas beberapa jam merehatkan badan.
Apa yang menarik gempa kali ini ialah tiada kejadian tsunami berlaku walaupun gegaran gempanya lebih kuat dari tahun 2004. Sesungguhnya ini bukti doa para ulama kita menahan kejadian buruk dari melanda negara Malaysia. Jangan lupa pada 8 April dan seminggu sebelumnya di Masjid Al Mizan Presint 3 dan Masjid Putra ribuan manusia bersama Ulama Ahli Bait berkumpul di Putrajaya membuat majlis meraikan Rasulullah saw dengan dihadiri puluhan ulama seluruh dunia.
Mereka telah berdoa meminta dijauhkan bala bencana kepada Malaysia dan sekelian negara saudara seagama kita. Jika difikirkan logik sudah tentu tsunami dua kali ganda lebih hebat berlaku semalam namun kuasa doa orang beriman menghalangnya dengan izin Allah jua.
Doa mereka terbukti dimakbulkan Allah dan jangan kita menafikan hakikat ini kerana ia dijelaskan dalam Al Quran dan Hadis peninggalan Nabi.Doa orang beriman ialah senjata yang sangat tajam dan berkesan.
Menjelang detik getir PRU13 kita usahakanlah agar dapat dipergiatkan majlis tahlil doa selamat pemimpin bersama rakyat dipimpin ulama setempat yang berkat untuk memohon agar mata rakyat tidak dikaburi dengan sihir Pakatan yang menggunakan janji palsu sebagai jampi mantera untuk menguasai hati dan sekaligus meraih undi mereka.
Kerajaan kita hari ini perlu dikekalkan walau kita sedar masih ada kekurangan yang sedang diperbetulkan. Tiada pilihan lain jika kita mahu kekal bahagia dan diliputi rahmat aman lagi sentosa.
Mari kita jauhi maksiat kuatkan amalan taat untuk melindungi diri, keluarga dan negara kita dari bencana tidak diduga yang tidak mampu kita menanggungnya. Mari kita seru kepada manusia agar kembali mengingati Allah setiap masa dan berselawat selalu kepada baginda saw.
Ya Allah lindungi kami keluarga dan negara dari segala bala bencana wabak penyakit yang nyata atau tersembunyi. Dengan berkat Penghulu kami Nabi Muhammad saw dan sekelian keluarga dan sahabat baginda.
Wasallallahu ala saidina Muhammadin waalihi wasallim...
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.