Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 April 2012

Majlis Peguam Benci RELA Kerana Hapus Jenayah Jaga Rakyat Untuk Negara ??? @NajibRazak @HishammuddinH20


Berikut artikel menjawab desakan Majlis Peguam desa RELA dihapuskan yang disiarkan oleh Berita Harian di sini http://www.bharian.com.my/

Tulisan Blogger Mat Kilau Pinang..

Tindakan mendesak RELA dihapuskan oleh Majlis Peguam, bukti ada pihak tidak sedar peranan penting RELA yang gigih membantu pihak keselamatan lain untuk menjamin rakyat Malaysia mampu tidur aman setiap malam.

" Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee, berkata RELA didapati tidak relevan kerana sudah menyimpang daripada peranan asal penubuhannya, selain anggotanya juga didapati melakukan banyak penyalahgunaan kuasa. "


Jangan kerana satu dua kes terpencil menyebabkan kita gagal melihat jasa RELA selama ini terhadap negara kita.

Baca dan sedarlah bahawa jasa RELA masih diperlukan oleh rakyat Malaysia...


Tugas dan peranan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) amat sinonim sebagai penjaga musuh tanaman, senjata yang dibekalkan kepada anggotanya sering digunakan untuk membantu para pekebun menembak babi hutan atau tupai semasa musim buah-buahan.

Walaupun tugas tersebut masih tetap dijalankan termasuk membantu pihak berkuasa tempatan menembak gagak atau anjing liar, melakukan aktiviti gotong royong dan mengawal lalu lintas, namun fungsi dan tanggungjawab anggota Rela kini dilihat semakin penting kepada isu keselamatan negara.

Selain menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen, anggota Rela turut diberi tanggungjawab oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) menjaga Short Take Off Landing Airport atau STOL Port di Sabah dan Sarawak.

Rela sebenarnya sebuah pasukan sukarela beruniform yang berlatar belakangkan keselamatan. Oleh kerana Rela berada di mana-mana, Rela biasanya menjalankan tugas membantu untuk bersama-sama cegah jenayah dengan polis, Jabatan Imigresen dan agensi-agensi lain yang memerlukan khidmat Rela.

Tugas Rela difokuskan kepada menjaga keselamatan, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian setempat. Rela di Kuala Lumpur tidak dikerah bekerja di Sabah, Sarawak atau Pulau Pinang, mereka bekerja di Kuala Lumpur sahaja. Tidak seperti polis dan askar yang kena kerah ke Sabah, Sarawak atau ke mana-mana lokasi. Kalau mereka duduk Kajang, di situlah tempat mereka bekerja. Sebab kita ini sebahagian daripada masyarakat di sesebuah kampung, taman perumahan atau pekan.

Sebagai penduduk tempatan, biasanya kita lebih tahu kalau berlaku kegiatan jenayah atau pengedaran dadah di tempat kita. Sebagai orang tempatan, kita tahu bahawa ada orang luar masuk kampung kita selain mengenali ramai penduduk.

Justeru apabila berlaku kegiatan jenayah, penyeludupan atau kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI), maka anggota Rela akan salurkan maklumat kepada polis atau Imigresen.

Di sinilah peranan Rela sebagai mata dan telinga kerajaan dalam memberi maklumat risikan untuk tujuan keselamatan. Setakat ini, polis sudah merekrut 3,663 anggota Rela menganggotai Pasukan Sukarelawan Polis untuk membantu mencegah jenayah di empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.

Semua anggota Rela yang bertugas dibayar elaun sebanyak RM4 sejam dan bekerja lapan jam sehari. Gaji mereka tidak dibayar oleh agensi kerajaan lain walaupun bertugas membantu Imigresen atau MAB.

Melihat kepada pertambahan tugas dan keperluan menempatkan ramai anggota di seluruh negara, Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyasarkan penyertaan 2.6 juta anggota menjelang akhir tahun 2011 dan kita yakin dapat mencapai sasaran tersebut.

Penduduk pedalaman terutamanya Orang Asli apabila pakai pakaian seragam, semangat mereka lain. Mereka cukup bersemangat. Sebab itu, saya minta Komander Briged Rela Orang Asli, Brigedier Jeneral Senator Mohd. Olian Abdullah meneliti anggotanya dari segi kebajikan, tugas dan sebagainya.

Di kawasan penempatan Orang Asli sudah banyak berlaku jenayah dan pencerobohan hutan. Jadi, dengan adanya penyertaan mereka dalam pasukan ini, keselamatan di sana akan lebih terjamin.

Walaupun terbabit secara langsung dalam menjaga keselamatan, Rela masih terlibat dengan aktiviti sukarela seperti gotong royong, membantu membersihkan rumah mangsa banjir, menjaga lalu lintas semasa majlis kenduri kahwin atau di pasar malam tanpa dibayar elaun RM4 sejam kerana ia terpulang kepada penganjur.

Pasukan Rela juga boleh berfungsi sebagai agen perpaduan kerana ia turut disertai kaum Melayu, Cina dan India, sejajar dengan konsep Gagasan 1Malaysia.

Terbaru pihak Bar Council mahu tugas-tugas ini perlu diserahkan kepada pihak Polis dan Rela perlu dimansuhkan adakah ini releven pada masa kini,Bagi MKP ini adalah tidak perlu selepas aapa yang MKP nyatakan diatas.Pihak Bar Council takut dengan femomena ini kerana ianya penglibatan Rela adalah datangnya dari rakyat dan lebih dekat dengan rakyat kerana mereka sendiri menyertainya.

Pihak Bar Council telah banyak masalah dalaman dan berapa banyak ahlinya serta kepimpinannya melanggar undang-undang padahal Bar Council ditubuhkan untuk memperkasakan undang-undang itu sendiri.Dengan kuasa yang telah diberi pihak Bar Cauncil telah menyalah guna kuasa yang diberi.Apa dah jadi dengan penglibatan Datuk yang menjadi ahli dalam kes Solilawati?Bar Council telah diperkudakan oleh elitis didalam pakatan tipu rakyat demi mengucar-kacirkan Rela yang telah banyak mambantu rakyat.Pakatan pembangkang dan Bar Council bimbang dengan penglibatan Rela dengan masyarakat. 

MKP Ayat Sempoi ; Bar Council patut diharamkan,Selak kain sendiri dulu baru mengata orang lain.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate