Sumber : http://yayasansofa.com/v1/?p=880
— 07/04/2012 11:45 pm
7 April 2012 – Sejarah baru dunia Islam terlakar pada hari ini dengan penubuhan secara rasmi Universiti As-Sofa sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang sepenuhnya berteraskan prinsip-prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah. Majlis Pemasyhuran Penubuhan Universiti As-Sofa telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merangkap Canselor Universiti As-Sofa, di kampus Universiti As-Sofa di Dataran Sentral, Seremban, Negeri Sembilan. Turut hadir menyempurnakan majlis adalah YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz serta YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz. Menyaksikan majlis pemasyhuran tersebut adalah Pengerusi Majlis Universiti As-Sofa, Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki, Naib Canselor Universiti As-Sofa, Tuan Haji Dr. Yusri Bin Dato' Mohamad, ahli Majlis Universiti As-Sofa, serta barisan ulama yang mewakili institusi-institusi besar Islam di seluruh dunia.
Panglima : Universiti Yayasan Sofa adalah yang pertama cawangan Al Azhar luar dari Mesir.
Malaysia bertuah apabila dipilih menjadi tapak kepada institsi yang berhubung terus dengan Universit Al Azhar.
Pendek kata ini satu pengiktirafan Al Azhar kepada negara Islam Malaysia
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.