KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih dirawat di wad Unit Rawatan Jantung (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dipercayai kerana komplikasi jantung sejak tengah hari Rabu.
Ahli keluarga terdekat Nik Abdul Aziz memberitahu detiperubahan.com, Mursyidul Am Pas itu berada dalam keadaan stabil dan doktor memintanya untuk berehat di wad tersebut untuk sementara waktu.
"Beliau akan berehat dalam sehari dua lagi di hospital sebelum dibenarkan pulang.
"Sebelum ini beliau terlalu banyak program parti dan kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini menyebabkan beliau amat keletihan," katanya.
Hari ini, Utusan Malaysia yang memetik sumber melaporkan Nik Abdul Aziz yang berusia 81 tahun dikatakan mengadu sakit dada selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim pagi rabu dan dikejarkan ke hospital sebaik selesai mesyuarat.
Anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh ketika dihubungi pula berkata, doktor tidak membenarkan ayahnya masuk ke wad biasa kerana ingin membuat ujian bagi memastikan keadaan jantung ayahnya dalam keadaan baik dan tiada komplikasi serius.
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.