PAS bakar akhbar Utusan
Umno pula koyak akhbar Harakah.
PAS kata UMNO tidak adil apabila akhbar Utusan tidak siar kenyataan mereka...
Soalan saya adakah Harakah ada siar kenyataan menyebelahi UMNO ?
Sebelum ini lihat kenyataan PAS berhubung tindakan Harakah dikoyak ahli UMNO
Koyak Harakah tanda Umno takut rakyat bermaklumat
07 Apr 2012 |
Tindakan Umno Putrajaya mengoyak akhbar Harakah percuma mencerminkan ketakutan mereka terhadap rakyat bermaklumat.
Mereka sedar kalau rakyat membaca Harakah atau media alternatif, rakyat akan mendapat maklumat sebenar tentang sesuatu isu yang berlaku. Inilah yang ditakuti mereka.
Kerisauan mereka juga timbul kerana sedar akan tahap keyakinan rakyat kepada Harakah.
Umumnya tindakan membakar mengoyak atau memboikot mana-mana akhbar dilakukan kerana berita yang terkandung di dalam akhbar tersebut. Belum pernah kita dengan ada pihak yang membakar atau mengoyak akhbar kerana ianya diberi secara percuma. Ini agaknya yang dikatakan buang tabiat, sebagai petanda awal sesuatu itu nak mati.
Dari tinjauan dan kajian umum kita dapati ramai dari kalangan penduduk menerimanya dengan hati terbuka dan mula berminat dengan Harakah. Inilah juga yang ditakuti oleh mereka.
Mereka takut pembohongan mereka dalam media perdana diketahui oleh rakyat, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno-BN.
Sehubungan tindak-balas Umno itu, PAS akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk melipat gandakan usaha penyebaran risalah bagi menyedarkan rakyat betapa perlunya perubahan pimpinan negara dalam PRU akan datang.
Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
7 April 2012
Lihat juga Azmin Ali juga mahu bankrupkan Akhbar Utusan Malaysia
Tindakan kedua pihak ini tidak wajar dilakukan termasuk oleh UMNO sendiri... Meskipun mengoyak Harakah lebih elok dari membakar akhbar Utusan oleh PAS namun media massa perlu dihormati peranan mereka.
Dalam hal ini ahli PAS perlu membaca hujjah Utusan Malaysia dan ahli Umno juga perlu meneliti sebarang komen dan kritikan dalam Harakah.
Ini tentu akan melahirkan masyarakat yang adil dan seimbang info pengetahuan mereka... Kerana itu jangan terkejut Harakah juga dibaca dan dilanggan oleh Agensi Kerajaan untuk dinilai pandangan Harakah dalam bab yang boleh diguna oleh Kerajaan walau sedar lebih banyak pembohongan berbanding kebenaran di dalamnya.
Sudah pasti orang yang memiliki ilmu pengetahuan akan mengutuk artikel yang penuh penipuan dan terbukti menipu dan orang yang jahil sahaja mudah terpedaya dengan apa yang disiar dalam media massa di negara kita.
Jika Umno Pas bersatu padu, tidak mustahil Akhbar Harakah dan Utusan boleh bersatu dari segii kandungan mereka yang pasti ada kelebihan masing-masing di dalam memartabat bangsa Melayu dan agama Islam hari ini.
Sekali lagi, UMNO tidak pernah mahu membankrupkan Harakah dan banyak kenyataan pemimpin Pakatan disiar Utusan Malaysia walaupun ia tidak dibuat oleh Harakah.
Anda boleh belek sendiri Utusan Malaysia adakah benar ada kenyataan pemimpin Pakatan dalam Utusan Malaysia atau tidak. Contoh kenyataan Presiden PAS ini disiar muka depan Utusan Malaysia
Juga lihat bagaimana di kedai-kedai akhbar Utusan sekejap sahaja sudah habis dibeli walaupun lantang menyuarakan pandangannya yang banyak tidak disukai penyokong Pakatan.
Kerana majoriti rakyat Malaysia menyokong apa yang diperkatakan oleh Utusan Malaysia berbanding Harakah.
Sebab itu barangkali Hj Hadi dan Nik Aziz juga membaca Utusan Malaysia meskipun ahli beliau membakarnya.
Kisah Utusan Malaysia semakin laris ada di blog ini
http://unitmediasiber.blogspot.com/2012/02/prestasi-jualan-utusan-malaysia-jauh.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.