Soalan 1 : Benarkah Fahmi Reza ini komunis atau pro komunis ?
Blog Jalan Juang telah menulis tentangnya di sini http://jalanjuang.wordpress.com/
" Melalui pengamatan dari jauh, cuma dengan melompat-lompat dari satu website ke website yang lain, dari satu blog ke blog yang lain, dapat dilihat dengan ketara, Fahmi Reza yang berbakat ini agak pro-komunis. Atau mungkin pro-Marxism. Atau pro-sosialis. Atau yang seangkatan dengannya.
Projek-projek yang dibuat setakat ini menampakkan seolah-olah Fahmi Reza cuba menjaja ideologi Marxism dengan memanipulasi elemen perjuangan penyokong parti pembangkang Malaysia dan semangat kebangkitan mahasiswa. Dia sepertinya cuba menghidupkan pengaruh Marxism dengan me’revive’ kembali perjuangan pra-kemerdekaan dan era komunis zaman darurat.
Seperti mana Faisal Tehrani cuba menampakkan keunggulan syiah dalam karya-karya sastera beliau, begitu jugalah nampaknya Fahmi Reza cuba mengiklankan Marxism-Communism dalam projek-projeknya. Sasarannya sama – anak-anak muda yang penuh dengan aspirasi. Kerana sesungguhnya, kebangkitan sentiasa bermula dengan anak muda.
Memang menjadi fitrah manusia, bila mana sistem sedia ada dilihat telah kecundang dalam mengurus masyarakat, dengan kebobrokan sosio-ekonomi dan politik yang penuh dengan korupsi-nepotisme, masyarakat akan mencari-cari alternatif dalam mentaghyir status quo tersebut. Golongan yang paling berkelayakan untuk melakukan taghyir ini tak lain tak bukan, anak muda.
Jelas sistem sedia ada kini sudah tidak relevan. Masyarakat mencari-cari alternatif untuk menggantikan sistem sedia ada. Antara yang terlihat adalah Marxism-Communism. Sebuah ideologi yang pernah ‘menyelamatkan’ manusia dari sistem monarki-autokrasi-hagemoni kurun ke 20. Hari ini, setelah neo-kapitalisme gagal, Marxism-Communism mungkin menjadi pilihan.
Bagi kita yang meyakini sistem Islam adalah yang terbaik, kita yakin Islam mesti menjadi pengganti. Tapi bagi anak-anak muda yang penuh dengan aspirasi, dijolokkan lagi dengan semangat revolusi, mereka hanya memandang sistem Islam sebagai alternatif celah gigi. Ditambah dengan puak-puak ‘Islamist’ yang tak habis-habis berbalah, approach yang tradisionalis, mentaliti yang ortodox – maka Islam tidak menjadi pilihan.
Siapa pun Fahmi Reza, jika idelologi Marxism-Communism-Maoism yang dibawa, dia harus ditentang. Bukan dengan kuasa, tapi dengan hujah. “Ideas are bullet proof”, kata V. Para pendokong dakwah Islam perlu lebih peka dengan keinginan masyarakat dan perlu bijak mendekati mereka. Tawassul ijtimaei’ harus lebih mantap – dengan approach yang super duper youth-friendly.
Seterusnya mari kita tengok hasil buah tangan beliau :
Mana gambar Fahmi Reza ?
Menurut blog http://kerispusakamelayu.wordpress.com/ bertarikh 19 Oktober 2010
" si Fahmi Reza ini mempunyai agenda pemikiran selari Chin Peng. Fahmi Reza yang kini berusia lingkungan 30tahun ini popular sebagai penghasil filem bebas iaitu “10 Tahun Sebelum Merdeka” dan “Revolusi48″. filem “dokumentari” bebas katanya itu lebih menjurus mencari dan menemubual mereka dari aliran Komunis. sudah tentu ‘status-quo’ garapannya ‘bias’ ke arah komunisme. bagi hamba, ini semua kerana anak pascamerdeka ini tidak jujur dan tulus dalam pembacaan dan kajian sejarahnya. lihatlah sendiri promo-poster filemnya. terang-terangan menonjolkan imej2
Fahmi Reza dipercayai dibiayai oleh Pusat Komas.
Pada 16 dan 17 Oktober 2010, KOMAS dan kerajaan negeri Selangor telah menganjurkan Freedom Film Festival di PKNS. Rodziah Ismail (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah datang merasmikan festival tersebut. Turut hadir dalam festival itu adalah beberapa aktivis hak asasi dari Amnesty International serta Hishamuddin Rais. Festival ini sebenarnya ditaja oleh Kondrad Adenauer Stiftung (KAF), sebuah yayasan Yahudi yang beribu pejabat di Berlin, Jerman.
Baca artikel ini tentang bahaya KAF. Filem yang dipertontonkan banyak berat sebelah dengan hanya menuduh kerajaan pusat sebagai autokratik. "
Seterusnya anda boleh baca kupasan bagaimana gerakan diketuai Fahmi Reza ini cuba membawa fahaman liberal mengikut Barat dengan bantuan Khalid Ismath yang jelas ada kaitan dengan Syiah. Mereka ini juga dipercayai mendapat bantuan kuasa asing.
Baca pula kupasan dari AIDC di sini http://www.anwaraidc.com/
Occupy Dataran : Simbol Mahasiswa Diperalat Pengaruh Asing
Mahasiswa umumnya diketahui sebagai seorang yang mempunyai idealisme yang tinggi seiring dengan ketinggian ilmu yang tertanam didalam jiwa mereka. Mereka adalah satu kelompok yang berjiwa besar, prihatin dan merupakan aset berharga kepada pembangunan negara di masa hadapan. Ini dibuktikan lagi dengan kepelbagaian gerakan mahasiswa diwujudkan bagi mencapai aspirasi yang digalas oleh mereka.
Zaman bergerak pantas menyebabkan pelbagai ideologi timbul dan menyebabkan pelbagai kekeliruan kepada mahasiswa khususnya mahasiswa Islam dan pada masa kini, ideologi liberal yang dipelopori barat telah mula menampakkan kesannya kepada gerakan mahasiswa di dalam negara.
Secara ringkas, liberalisme adalah seruan yang menuntut kebebasan manusia dan memperjuangkan kefahaman egalitarian atau dalam bahasa yang lebih mudah; seruan kesamarataan. Seseorang yang liberal juga mendokong hak kebebasan beragama serta mengamalkan apa yang dipercayai selaras dengan prinsip rasional seseorang.
Berada di alam kampus membolehkan saya membuat pemerhatian terhadap realiti yang melanda mahasiswa semasa,membimbangkan apabila melihat berkembangnya kefahaman-kefahaman bercorak negatif bersarang dijiwa segelintir mahasiswa.Kewujudanlaman sosial seperti ‘facebook’ dan ‘twitter’memburukkan lagi keadaan apabila ia menjadi medium utama penyebaran fahaman-fahaman ini.
Tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan terpaksa berterus-terang.
Salah satu platform atau gerakan yang semakin menapak di kalangan mahasiswa yang boleh saya jadikan contoh di sini adalah‘OccupyDataran’ yang berakar-umbikan ideologi liberal, telah mencetuskan satu ‘pandemic’ baru dalam kalangan mahasiswa.
Secara ringkas, Occupy Dataran adalah satu kesinambungan Occupy Movement yang terinspirasi daripada protest di Tahrir Square.Terkenal dengan cara pemakaian topeng Guy Fawkes, mereka adalah generasi yang mengimpikan demokrasi dalam konteks yang lebih luas. Seruan yang dilaungkan gerakan ini supaya mencetuskan satu budaya politik melebihi bangsa, ideologi, kepercayaan, jantina serta afiliasi politik.
Menurut sumber, Occupy Dataran bukanlah satu bentuk organisasi tetapi sebuah platform yang tidak punya pemimpin dan ahli, tiada siapa punya autoriti kepada yang lain. Kesemuanya sama rata, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Masing-masing bebas meluahkan rasa dan bebas membuat keputusan ketika sesi persidangan berlangsung.
Apa yang parahnya adalah apabila terdapat unsur liberalisasi dalam banyak hal. Kata mereka sebagai contoh, keputusan yang diputuskan pada sesi persidangan adalah hasil perbincangan yang punya hujah yang konkrit. Namun begitu, keputusan yang dibuat melalui hujah konkrit tetapi tanpa dasar ilmu yang kuat bukanlah suatu keputusan yang benar dan haq.
Selama persidangan, keputusan yang dibuat hanya berdasarkan logik akal semata, emosi dan perasaan, pembacaan yang tiada kesahihan sumber, dan hanya berasaskan suara majoriti. Semakin bahaya apabila keputusan yang dibuat tanpa mereka perlu bertanggungjawab ke atasnya kerana ahli “syuro” boleh daripada sesiapa sahaja yang hadir serta boleh keluar dan berlepas tangan daripada menjadi ahli “syuro” tanpa ada apa-apa kebertanggungjawaban daripada dirinya. Kesemua ini adalah LIBERAL!!
Bahkan ia tidak terlepas daripada kecelaruan yang sangat serius, iaitu ia merupakan satu platform yang tiada kejelasan agenda. Masing-masing boleh mengisi agenda tanpa ada saringan fikrah dan kredibiliti. Andai yang menetapkan agenda adalah mereka yang ingin memusnahkan islam, yang ingin menghancurkan ummat, membawa fikiran dan aqidah yang salah malahan sesat, adakah ummat islam akan membiarkan sahaja perkara begini? Analogi mudah, seperti membiarkan “butang” melancarkan bom nukleur yang diletakkan di dataran merdeka yang bebas untuk ditekan oleh sesiapa sahaja.
Pada penglihatan saya adalah sesuatu yang membahayakan jika arus ini dibiarkan begitu sahaja. Setelah umum mengetahui terdapat gerakan mahasiswa yang diketuai oleh individu yang berkefahaman syiah, mampukah gerakan mahasiswa arus liberal yang dibawa oleh ‘Occupy Dataran’ ditangani oleh mahasiswa Islam?
Adakah mahasiswa Islam kini mahu menoleh kebelakang dengan mendokong kefahaman sekular yang dibawanya dengan menjemputnya dipelbagai demostrasi dan forum mahasiswa?
Bahkan, penglibatan Fahmi Reza (pendokong kuat gerakkan ‘Occupy Dataran’) dalam ‘Punk Forum :Apakah Peranan Punk Dalam Masyarakat’ dan tayangan filem ‘Taqwa Core: The Birth of Punk Islam’, menimbulkan lagi persoalan, adakah Fahmi mahu mendidik masyarakat mengikut acuan barat? Fahmi merupakan seorang designer yang dahulunya menuntut di USA. - End
Tidak peliklah Blog Angin Perubahan menyiar gambar (kanan) peserta Occupy memakai topi komunis http://anginperubahan.blogspot.com/
Sebelum beredar jom tengok video Fahmi Reza berdemo di Dataran Merdeka yang memaparkan peserta mahasiswa lelaki bercampur perempuan tengah malam termasuklah yang memakai purdah :
Opss sebelum terlupa soalan terakhir mana bukti Fahmi Reza ada di Dataran Merdeka ?
Klik link ini http://anwaribrahimblog.com/
Terima kasih atas membaca dan lebih lagi jika menyebarkannya...
haha kantoi
BalasPadamkenapa la mereka dukung sangat komunisme ni. tak tau ke datuk nenek depa hidup dalam ketakutan akibat ancaman komunis. silap haribulan buleh kena bunuh dan mayat sangkut kat pokok
Org yg tak tahu ap2 akan tulis mcm ni...kalau boleh nk tgok org jatuh..diri sendiri tak pernah nk cuba majukan..aq tak menyokong mana2..aq biasa aja..
BalasPadamBorrinngggggg~
BalasPadam