Pages

01 April 2012

Penyenaraian FGVH tidak libatkan tanah peneroka


01/04/2012 3:51pm


KUALA LUMPUR 1 April – Rancangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia tidak melibatkan tanah hak milik peneroka Felda sama sekali, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa langkah penyenaraian itu akan menyebabkan tanah hak milih peneroka tergadai di mana menurut beliau penyenaraian itu hanya melibatkan tanah kerajaan negeri.

"Saya mengulangi lagi bahawa tiada seinci pun tanah hak milik peneroka akan terlibat dengan penyenaraian ini.

"Penyenaraian hanya melibatkan tanah-tanah kerajaan negeri yang diberi hak memajukan kepada kerajaan persekutuan sebagaimana peruntukan dalam Akta GSA 1960 yang selama ini diurus oleh Felda Plantations,” katanya pada majlis perasmian Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2012 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili Perdana Menteri melancarkan karnival bertemakan “Menjunjung Transformasi Bangsa” itu.

Justeru, Najib berkata usaha penyenaraian itu akan tetap dilaksanakan kerana ia adalah satu langkah supaya Felda terus kukuh dan kuat mendepani cabaran dunia nyata perniagaan global. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.