Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 April 2012

SHEB Bawa Makanan Untuk Adik Mahasiswa Yang Bantah PTPTN



Kerana kasihan dengan nasib adik-adik yang berkampung di Dataran Merdeka demi mencari populariti menjelang pilihanraya 13 pasukan SHEB telah berbesar hati menghantar makanan untuk mereka. Meskipun ia makanan untuk gelandangan di ibukota, namun mahasiswa nampaknya sudi makan makanan yang dihantar, barangkali kerana kekurangan wang membeli makanan. 

Ada pihak mendakwa pelajar yang dijanjikan RM1000 seorang telah ditipu dengan bayaran hanya RM50 sahaja. Kesian masa depan anak muda kita. Semoga mereka akan sedar siapakah yang benar dan siapa pula yang menggunakan mereka.

Syabas SHEB atas usaha ini dan penulis sendiri sudah sekian lama mendengar cerita kebajikan yang dibuat SHEB ini...

Jika mahu mengetahui cerita lanjut sila ke sini http://brojinggo.blogspot.com/ 

Kenali SHEB dengan ke sini http://www.pemudaumno.org.my/ 

Bukan setakat mahasiwa, warga asing juga dibantu oleh SHEB...Walaupun baru dilancarkan tahun lepas.

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin (tali leher hijau)


Tengku Azman Exco Pemuda UMNO Menerangkan serba ringkas Fungsi Van bergerak SHEB kepada Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Presiden UMNO semalam melancarkan Van Bergerak Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia yang akan lebih memudahkan pihak yang terlibat dalam Misi SHEB bagi membantu masyarakat bandar yang berada dalam kesempitan.


Menurut Pengerusinya, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin, kenderaan ini menjadi pelengkap kepada sukarelawan yang terlibat yang kini lebih cergas dalam menggerakkan program berunsurkan kemasyarakatan di sekitar ibu kota.


Program SHEB setakat ini telah mencapai matlamat dengan melancarkan beberapa kawasan termasuklah pengemis-pengemis di Jalan Masjid India dan sekita Jalan Chow Kit. Bantuan yang diberikan antaranya berbentuk makanan berat.


Turut hadir dalam dalam Majlis Pelancaran ini termasuklah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor. Turut menyaksikan Majlis Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Naib beliau, Datuk Razali Ibrahim.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini lar masaalah BN... baik sangat, ingat pembangkang akan balas dengan kebaikan jugak?... bodo punya SHEB... mereka ini adalar angkatan yahudi yob...

Cari Blog Ini

Translate