Jika pilihanraya diibarat perang, maka mati menggantung bendera untuk menaikkan nama parti adakah boleh dikira satu jihad..yang syahid juga akhirnya ?
Kita tidak pasti tetapi meninggal di hari yang mulia iaitu Jumaat, itu tanda yang baik dan ia sudah pasti kerana ditemui dalam keterangan hadis Nabi s.a.w.
Terima kasih Tranungkite yang menyiarkan berita dua penyokong Umno / BN meninggal ini.
Sekali lagi Allah mahu beritahu sesuatu untuk difikirkan dengan akal minda yang sihat... bahawa parti Umno bukan kafir. Jika tidak sudah tentu tidak ada petunjuk seperti mati malam Jumaat seperti ini.
Jika ahli PAS meninggal terkena renjatan eletrik sudah pasti akan riuh mereka telah mati syahid menaikkan bendera parti, kan ?
Tetapi sayang bukan ahli parti mereka, maka tidak ada promosi sebegitu dilakukan.
Satu lagi, pemimpin BN perlu menjenguk keluarga jentera parti yang meninggal ini...Kesungguhan mereka perlu dihargai walau dengan sepatah perkataan terima kasih.
1 ulasan:
Org yahudi, nasrani dan majusi yg mati hari jumaat. Camna ? Cuba cite, cuba cite
Catat Ulasan