Pages

09 April 2012

Universiti Yayasan Sofa Beroperasi September 2012 cc @NajibRazak


Info dari FB Haniff Ibn Abu Talib Seremban

Universiti As-sofa yang bakal beroperasi di sini, Septembar depan akan menggunakan 15 tenaga pengajar, termasuk ulama luar negara bagi melahirkan modal insan bermutu demi keperluan negara pada masa hadapan.

Antara negara berkenanaan termasuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Yaman, Iraq, Maghribi, United Kingdom dan Indonesia.


Pengerusi Majlis Universiti As-sofa yang juga pengasa Yayasan Sofa, Datuk Syeikh Fuad Kamaludin Al maliki, berkata pengambilan tenaga pengajar luar negara bagi memastikan pelajar universiti itu mendapat ilmu terbaik.

Selain itu, katanya, kepakaran tenaga pengajar berkenaan boleh membantu perjalanan dan hala tuju universiti berjalan lancar.

'Sebelum ini, pelajar tempatan perlu ke luar negara seperti Mesir, Syria dan Maghribi untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu di negara berkenaan diperoleh di sini.

"Sebagai permulaan, seramai 2000 pelajar memenuhi kelayakan akan meneruskan pengajian di universiti ini", katanya.

Antara Program peringkat Sarjana Muda ditawarkan Universiti As-sofa adalah Pengajian Islam, pengurusan dan perniagaan, Usuluddin, Syariah dan pendidikan.

Selain itu, Syeikh Muhammad Fuad berkata, universiti berkenaan akan memperkenalkan projek penyelidikan iaitu dalam bidang Khazanah dan Tradisi Keilmuan Islam, Isu Strategik dan Kotemporari Umat Islam serta Sains, Bioteknologi dan Bioinformatik dalam Pemetaan Genom.

Katanya, universiti berkenaan turut menerima pelajar luar negara dan tidak menjadikan agama sebagai batasan mendapatkan ilmu di sini.

(Akhbar Berita Harian, Sentral, ms N4)


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.