2012/04/28
KUALA LUMPUR: Penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 dilaporkan semakin agresif dengan merempuh pagar penghalang di sekitar Dataran Merdeka sehingga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.
Tinjauan Berita Harian Online di sini hari ini mendapati keadaan menjadi kucar kacir apabila penyokong BERSIH 3.0 yang berarak mula memasuki kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air berkenaan pada kira-kira jam 3 petang dan diikuti sekali lagi pada jam 3.05 petang bagi mengawal peserta perhimpunan yang cuba merempuh sekatan masuk ke Dataran Merdeka.
Peserta perhimpunan kemudiannya lari ke beberapa bangunan di sekitar Jalan Raja Laut termasuk Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
www.bharian.com.my
Baca juga bukti perusuh cuba serang polis http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/bersih-nak-tunjuk-power-sejak-malam-tadi.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.