Pages

12 April 2012

Video Isu #PTPTN : Anwar Gagal Jawab Soalan Mansuh Pinjaman Pendidikan Negeri Pakatan cc @NajibRazak




Pertama sekali ketika isu PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional timbul untuk dihapuskan pinjamannya maka ramai mahasiswa yang gagal membayar atau mempunyai tunggakan tentu bersorak ria mendengarnya. Ketika Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri menjelaskan bahawa jumlah RM43 bilion yang mahu dihapuskan sangat besar dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara maka Pakatan segera menafikannya dan menuduh PM membuat kenyataan palsu dan tidak benar.

Selepas itu dengan sedikit kajian dilakukan maka didapati PTPTN diluluskan ketika Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri pada 1997 sewaktu Mantan PM Tun Mahathir meninggalkan negara bercuti selama dua bulan. Perkara ini dibongkar oleh RBF di sini

Selepas itu muncul juga cerita bahawa negeri Pakatan seperti Selangor, Kedah, Kelantan antaranya, memberi pinjaman pendidikan kepada rakyat negeri mereka. Soalan dibangkitkan oleh pemimpin dan blogger kepada pemimpin Pakatan agar terlebih dahulu menjawab soalan adakah mereka sanggup menghapuskan pinjaman yang telah diberikan jika mereka mahu PTPTN dimansuhkan hutangnya ? Link website menawar pinjaman klik di sini http://tkwbns.selangor.gov.my/

Maka jawapan yang diberi atas soalan tersebut ialah Kerajaan Negeri tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menghapuskan pinjaman pelajar. Jawapan yang juga diberi oleh Kerajaan Persekutuan. Namun bezanya ialah Pakatan terus memainkan isu ini walau mereka sedar tindakan menghapuskan PTPTN sukar dilaksanakan kerana kekangan kewangan. Asal dapat undi, isu ini terus dijaja walau sudah nampak jawapan yang diberi oleh Pakatan makin membelit diri mereka sendiri. Berbanding Kerajaan yang jelas bersikap matang tidak sanggup untuk mempermainkan rakyat dengan janji manis tetapi pahit pada hakikatnya.

Lihat video di atas dan fikirkan kenapa janji manis ini ditabur melainkan kerana mereka masih lagi mahu kuasa walau sudah terbukti amanah yang diberi gagal dijelmakan walau sudah tiga tahun diberi peluang memerintah. Rakyat kini sudah mula sedar bahawa tiada apa yang boleh disandarkan kepada Pakatan yang gagal didaftarkan hingga ke hari ini walaupun mereka terpedaya pada awalnya kerana terpikat kepada nama Pakatan Rakyat yang akhirnya hari ini menjadi Pakatan Rosak.


Baca reaksi pihak PTPTN berhubung cadangan kadar faedah 1% PTPTN dihapuskan dalam resolusi meja bulat PTPTN semalam  :

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menolak cadangan Pergerakan Pemuda Umno agar memansuhkan bayaran perkhidmatan satu peratus yang dikenakan terhadap peminjamnya.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, pemansuhan berkenaan akan meningkatkan beban kos pengurusan yang ditanggung perbadanan itu.

"Kita tak setuju dengan cadangan pemansuhan caj perkhidmatan satu peratus tersebut. Siapa nak tanggung gaji serta pengurusan kakitangan PTPTN?," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Bagaimanapun Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, pemansuhan berkenaan dapat dilaksanakan sekiranya kerajaan memperuntukkan dana khas kepada perbadanan itu bagi menampung kos operasinya.

"Terpulang kepada Perdana Menteri jika nak tanggung kos operasi PTPTN. Kalau kerajaan sedia memperuntukkan dana khas kepada PTPTN, ia (bayaran perkhidmatan) tidak mustahil dapat dihapuskan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai resolusi Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda Umno pada Rabu yang antara lain mahu PTPTN menghapuskan bayaran pinjaman satu peratus.

Resolusi tersebut menggariskan empat aspek meliputi pinjaman, pembayaran, tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan komunikasi bagi menangani isu yang perlu diselesaikan segera iaitu pembayaran balik PTPTN.

Mengulas lanjut Ismail berkata, isu caj bayaran perkhidmatan sebanyak satu peratus tersebut bukanlah isu pokok yang dihadapi perbadanan tersebut.

Sebaliknya menurut beliau, pihaknya mengharapkan peminjam menghubungi PTPTN bagi mengemaskini status masing-masing selepas menamatkan pengajian.

"PTPTN sangat fleksibel dalam isu pembayaran balik. Ada pelbagai cara yang kita tawarkan untuk keselesaan peminjam melunaskan hutang-hutang mereka.

"Malah kita juga menerima kalau peminjam itu hanya mampu membayar serendah RM50 sebulan, yang penting mereka bayar secara konsisten dan tidak larikan diri daripada tanggungjawab," katanya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.