Pages

05 Mei 2012

Gambar Halim Yazid Berdikir Bersama YAB DS @NajibRazak dan Ku Li Muka Depan Akhbar Tempatan

Sekalung terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang sudi menjelajah negeri asal penulis semalam.

Meskipun tidak dapat hadir bersama kerana urusan di Langkawi namun semangat memastikan kemenangan Kelantan PRU akan datang tetap segar mengiringi kedatangan beliau ke negeri ambo negeri Cik Siti Wan Kembang.

Kehadiran YAB Perdana Menteri khususnya di Gua Musang kawasan Ku Li atau nama sebenar Tengku Razaleigh Hamzah. Lebih menarik PM juga menyebut gandingan tiga tokoh utama iaitu YM Ku Li, Tok Pakatan Rakyat dan Awang Adek mampu merobohkan kubu kuat pembangkang yang bertapak kuat di Kelantan sejak zaman berzaman mencecah 22 tahun.

Dulu kerana Ku Li Kelantan jatuh ke tangan pembangkang kerana aura Ku Li.Kali ini tangan yang sama akan menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan yang kini semakin rakus menjarah tanah ladang rakyat termasuk orang Asli di Gua Musang demi mengejar kekayaan dan habuan.

Strategi PM memang tepat sekali dan semoga semangat untuk mengubah Kelantan agar setanding negeri lain di bawah pimpinan Tok Pakatan Rakyat sebagai Panglima Perang akan berjaya kali ini.

Takbir

Allahu Akbar !

Nota : Penulis baru sahaja sempat membelek akhbar selepas sedikit sibuk dengan program di sini.Mohon maaf atas kelewatan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.