Kenapakah gambar sedang berdoa diletak di ruang tamu pejabat MB ? Adakah menunjuk gaya sedang berdoa itu dituntut dalam Islam ? Atau ia satu lagi perbuatan yang cuba dihalalkan demi kepentingan undi dan siyasah PAS. Wallahu A'lam.
Sebelum ini semasa PRU 12 gambar besar Nik Aziz berdoa sememangnya menjadi bahan propaganda PAS Kelantan. Dengan sokongan semakin kurang PAS terdesak sehingga terpaksa menggunakan elemen simpati berasaskan emosi berlatarbelakangkan agama untuk pancing undi. Perkara yang tidak patut dibuat kerana ia boleh menimbulkan perasaan riya di dalam beribadat.
Justeru kita mengharapkan perbuatan yang sebegini tidak diamalkan oleh pemimpin beragama Islam yang lain. Mengelak mudarat lebih utama dari mendapat manfaat. Jangan biarkan amalan hancur kerana perbuatan riya yang jelas adalah syirik (kecil) kepada Allah Taala.
Wallahu A'lam.
4 ulasan:
gambar tuan guru berdoa saya letak merata rata dalam rumah saya dan kereta saya ,salah ke? Saya bukan puja gambar tu dan daripada taruh gambar (sticker) jenama mat saleh lebih baik saya taruh gambar tuan guru,sejuuuuuk mata memandang.
mungkin gambar tu telah diedit? dalam alam maya ni semuanya x mustahil
jgn percaya bulat2 apa yang ada dalam alam maya ni terutama di fb.
aku x nmpak ape masalahnye gambar tu. admin, aku rase mata dan fikiran ko ni ada masalah ler. ape yg ko cuba nak sampaikan melalui olahan ayat ko ni bole menimbulkan fitnah. dosa besar fitnah tu wei
Jika kotor hatinya, semua akan kelihatan kotor belaka..jika yang itu dituduh ria' yang buat berita ni pulak tidakkah bersikap buruk sangka dan bercakap dusta.. sama saja lah.. yang pasti setiap tindakan di dunia akan ada balasan di sana..
Catat Ulasan