YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Pages
▼
02 Julai 2012
SPA perkenal dua dasar baru permohonan jawatan cc @NajibRazak @Anwaribrahim
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuat kuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.
Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.
Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian. Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
- Bernama
http://www.sinarharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.