keterangan : Gambar ini diambil di Medan Indonesia...apabila kalimah Allah dibenarkan diguna oleh agama Kristian bayangkan jika tiada simbol salib, umat islam akan mudah terkeliru....sebab ayat tersebut adalah dipetik dari Kitab Injil...Alhamdulillah kerana kerajaan Malaysia sedia ada mengharamkan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain...
Isu kalimah Allah pernah hangat di negara kita sebelum ini. Ia diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat termasuk PAS walaupun dibantah sebahagian besar golongan Ulama di negara kita.
Gambar di atas disalim dari FB rakan menunjukkan bagaimana situasi yang akan berlaku apabila kalimah Allah dibenarkan. Sudah tentu ramai umat Islam akan keliru melihat agama lain juga menggunakannya.
Penjelasan kalimah Allah yang diputuskan hanya kepada umat Islam di Malaysia dari segi dalil anda boleh baca di sini : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah
Ingat lagi serbuan di DUMC berlaku ketika kalimah Allah belum dibenar kepada bukan Islam. Bayangkan jika sudah dihalalkan oleh Pakatan ?
Semoga Allah selamatkan akidah umat Nabi Muhammad SAW dari dirosakkan oleh peliwat agama bangsa negara ini.
Jangan kerana politik habis agama dan maruahnya digadaikan...
tu le pasal...fikirkan la
BalasPadam