Rakyat Malaysia patut bangga dengan keupayaan TUDM. @Zahid_Hamidi
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selaku pasukan pertahanan barisan hadapan utama negara, kini dilihat telah cukup matang untuk mendepani apa jua ancaman mendatang.
Apatah lagi dengan pegangan pelbagai aset tempur canggih seperti pesawat Hawk, pesawat pemintas MiG-29N, pesawat tempur pelbagai peranan F-18D Hornet dan Sukhoi 30-MKM bagi mengawal ruang udara negara.
Selain itu menjelang 2015 pula, TUDM akan menerima pesawat pertama daripada empat buah pesawat pengangkut strategik, Airbus A400M.
Pada masa yang sama, pasukan itu juga bakal menerima helikopter moden berdasarkan komitmen kerajaan yang bersetuju untuk mendapatkan 12 buah helikopter Eurocopter EC725 pada Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 lalu bagi tujuan mencari dan menyelamat tempur (CSAR).
Semua aset berkenaan bukan sahaja berjaya meletakkan TUDM sebagai sebuah pasukan udara yang setanding dengan negara serantau, tetapi terbaik didalam beberapa aspek terutamanya dalam penguasaan udara secara dominan.
Namun, itu bukan satu alasan bagi TUDM untuk mudah berpuas hati kerana organisasi berkenaan sedar, ancaman keselamatan khususnya dalam usaha untuk mempertahankan ruang udara negara yang semakin kompleks ekoran kepesatan teknologi.
TUDM kini bergerak seiring dengan keutamaan dalam mempertahankan negera apabila menggunapakai slogan 'TUDM-Generasi Masa Depan' dalam usaha memastikan TUDM sentiasa digeruni lawan dan dihormati rakan.
TUDM juga merangka pelan untuk meningkatkan tahap kesediaan TUDM disamping mengekalkan status sistem pertahan udara yang terbaik serta dominan dirantau asia tenggara ini.
Pihak UtaraNews.com kelmarin telah dijemput menyaksikan sendiri kecanggihan serta kehebatan TUDM sempena Lawatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Editor Kanan Media di Pengkalan Udara TUDM Kuantan.
Memang tidak dapat dinafikan, TUDM mempunyai visi strategik dan juga mempunyai kemampuan yang tidak dapat dipertikaikan untuk menjaga keselamatan negara dari sebarang ancaman musuh.
Rakyat Malaysia harus berbangga kerana banyak keperluan aset tempur tercanggih telah dimiliki oleh TUDM yang menjadikan pasukan itu benar-benar mantap dalam mempertahankan ruang udara negara kita daripada dicerobohi.
Pihak UtaraNews juga dimaklumkan, TUDM merancang untuk memiliki beberapa jenis pesawat tempur baru pada masa akan datang bagi mengukuhkan lagi pasukan itu sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.
Bagi tujuan itu, satu pasukan penilaian telah ditubuhkan untuk mengkaji beberapa jenis pesawat yang telah dikenal pasti terutamanya pesawat pelbagai peranan F-18F Super Hornet buatan Amerika Syarikat (AS).
TUDM turut meneliti beberapa pesawat lain seperti Gripen dan Eurofighter yang dianggap pesawat berteknologi tinggi dalam kelasnya.
Minat TUDM terhadap F-18F Super Hornet itu terserlah kerana pesawat berkenaan mempunyai kemampuan yang tinggi sama ada untuk serangan darat, maritim dan udara selain telah terbukti keampuhannya dalam beberapa konflik sebelum ini.
Dan jika ia menjadi kenyataan, Super Hornet akan menjadi gandingan mantap kepada pesawat strategik sedia ada, Sukhoi Su-30MKM, khususnya bagi tujuan memusnahkan kapal perang dan pesawat musuh.
Malah gabungan jentera tersebut bersama kemahiran hebat juruterbang pesawat tempur yang ada dinegara kita, ia pasti menjadi mimpi ngeri kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kemanan negara.

Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.