Pages

08 September 2012

Kesamsengan Rakyat Kerana Ajaran Pemimpin Pakatan Rosak !!!

Media UMNO Malaysia (@umnoonline)
8/09/12 11:00 PG

Pembangkang Guna Taktik Samseng Untuk Halang Kebangkitan Rakyat bit.ly/TvsA9d #News #UMNO #fb

KUALA LUMPUR, 7 Sept. – Pelbagai insiden memalukan yang berlaku sejak kebelakangan ini dalam arena politik kebanyakannya menggambarkan budaya negatif yang terselit unsur-unsur samseng dengan tindakan kurang sopan, biadap dan menunjukkan mentaliti yang rendah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaakob menyifatkan tindakan ala gangstar yang cenderung diterapkan oleh pakatan pembangkang khususnya PKR adalah antara taktik politik mereka apabila mereka semakin kesuntukan waktu untuk menghalang kebangkitan rakyat yang semakin menolak putar belit merek.

"Pakatan pembangkang bersikap gangstar hanya untuk menghalang lebih banyak tembelang mereka pecah ekoran kesedaran rakyat yang semakin sedar denga muslihat pembangkang," katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, tindakan sedemikian adalah antara taktikal pakatan pembangkang sebagai tarikan utama apatah lagi mereka tidak mempunyai sebarang bukti atau bahan lain untuk dijadikan sebagai bahan sensasi kepada masyarakat.

"Kelakuan tidak bertanggungjawab pakatan pembangkang ini telah terserlah sejak mereka bersekutu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu seterusnya membentuk kerajaan di empat buah negeri," katanya.

Jelasnya, tindakan perhimpunan jalanan dan demonstrasi yang didalangi oleh pakatan pembangkang juga seakan sudah menjadi 'trademark' mereka apabila mahu menyuarakan pendapat sedangkan saluran yang lebih telus dan terbuka sentiasa ada.

"Mereka lebih gemarkan sesuatu yang boleh menimbulkan huru-hara dan kekacauan daripada menyuarakan sesuatu isu dalam kaedah perbincangan dan melalui rundingan."

Terbaru, dalam sambutan kemerdekaan negara yang ke-55 tahun, masyarakat sekali lagi disajikan dengan tingkah memalukan termasuklah menunjukkan punggung dan memijak gambar pemimpin selain insiden simbah cat kepada bas pakatan pembangkang.

"Malangnya, apabila pihak berkuasa mengambil tindakan atas kesalahan yang tidak sopan, biadap dan memalukan ini maka diputarnya isu kononnya kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan melakukan kesalahan sedangkan tindakan diambil bagi memastikan budaya sedemikian tidak terus menular dalam masyarakat kita, apatah lagi dalam menuju negara membangun," katanya.

Dilaporkan, pemimpin pakatan pembangkang menuduh pihak berkuasa pilih kasih dan bersikap tidak adil dalam membuat siasatan berhubung insiden biadap dalam sambutan kemerdekaan baru-baru ini.

"Pemimpin pembangkang sengaja 'pasang api' yang kemudiannya akan marak lantaran manipulasi jahat yang dilakukan mereka misalnya berkaitan pelajar kolej yang ditahan dan dikenakan tindakan buang kolej oleh pusat pengajiannya dan hal tersebut semuanya dituding kepada kerajaan.

"Inilah pembangkang… sedangkan yang menjadi penganjur dan dalang kecelaruan dan perbuatan memalukan ini adalah mereka, namun apabila ditekan oleh masyarakat dan siasatan dilakukan maka pihak berkuasa dan kerajaan yang akan dipersalahkan. Inilah budaya negatif pakatan pembangkang," katanya lagi yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. – MediaUMNO.



Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.