KUANTAN – Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman meminta umat Islam di negara ini mengetepikan perjuangan politik dan bergabung untuk menjaga kesucian agama Islam.
Katanya umat Islam tidak boleh meletakkan kepentingan politik melebihi agama dalam isu yang mencemarkan kesucian Islam.
"Ada pihak (bertindak) untuk menjaga hati orang politik yang secara tidak langsung pijak agama itu sendiri.
"Kalau kita mengutamakan politik kita akan dapat politik tapi kalau perjuangan kerana Allah kita akan diberi ganjaran olehNya," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan pihak yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W menerusi penerbitan filem pendek "Innocence Of Muslims" baru-baru ini.
Mengulas permohonan maaf Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham susulan kenyatannya dalam akaun Twitter yang mempertikaikan bantahan umat Islam terhadap filem itu, Abdul Rahman berkata Ngeh perlu turut memohon maaf kepada raja-raja Melayu selaku ketua agama Islam di setiap negeri yang berkenaan.
Katanya pemimpin DAP itu juga harus mengambil iktibar daripada insiden tersebut agar lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan terutama berhubung sensitiviti agama.
Abdul Rahman juga meminta umat Islam yang membantah filem tersebut agar tidak bertindak agresif serta menjaga tingkah laku masing-masing selaras dengan ajaran Islam yang mengutamakan keamanan. – BERNAMA
http://www.mysuara.net/ketepi-fahaman-politik-demi-menjaga-agama-mufti/
Sent via Flipboard
Sent from my iPad

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.