Kenapa disebut dua nama di atas ?
Adakah sebelum ini wujud perselisihan antara mereka?
Dengar betul-betul MB menyebut dua nama seolah mereka menyebut isu tempat ceramah kepada beliau.
Khalid juga mengaku beliau menyewakan bas dua tingkat tersebut. Soalnya adakah miskin sangat Kerajaan Selangor sehingga gagal mencari dana mendapatkan bas untuk Anwar ?
Kita nampak seakan Khalid mendedahkan dalam masa yang sama kelemahan dirinya yang gagal mendapatkan bas percuma kepada Anwar...bukti kegagalan mentadbir mengurus kewangan dan gagal mencari wang untuk membantu Penasihat Ekonomi beliau memberi ceramah kepada rakyat.
Apa pun terima kasih kepada kenyataan Khalid Ibrahim di atas. Kita harap rakyat dapat fikirkan dengan rasional kelemahan yang ada pada Pakatan Republik dan jangan mengundi mereka lagi.
Jika benar miskin maka elok jangan dibazirkan wang dengan menjanjikan bulan bintang dan membeli hutang Talam...
Check out this video on YouTube:
http://www.youtube.com/watch?v=1DBJIZBGa0U&feature=youtube_gdata_player
Sent from my iPad
Khalid ni banyak sangat buat heboh. Sekarang akhbar sdg heboh kes Khalid tak jemput Sultan Selangor hadir di majlis ambang merdeka, Perkasa dah buat laporan polis mengenainya. Nasib baik masa Khir Toyo dulu dia juga tak jemput Sultan hadir malam ambang merdeka tapi tak ada siapa buat laporan polis. Di negeri-negeri lain pun Sultan tak dijemput hadir di majlis ambang merdeka di negeri masing2, Perkasa tak buat laporan polis pun, kerana seperti di Selangor, Sultan cuma dijemput hadir dlm perbarisan hari kemerdekaan dan bukannya malam ambang merdeka.
BalasPadamMalam tadi juga ada majlis menyambut merdeka di Bukit Jalil, ia majlis nasional, tapi DYMM Seri Paduka Baginda Yg Dipertuan Agong tak dijemput hadir pun, ada Perkasa buat laporan polis terhadap PM?
Anehnya Malaysia, patutlah ada yg berkata benda kelapan ajaib di dunia ialah Malaysia!!