Pagi ini penulis membaca berita tentang isu gari gadis yang menghina PM Malaysia yang dibela DAP sehingga diadakan sidang akhbar memohon maaf dalam bahasa Cina kepada rakyat Malaysia di pejabat mereka.
Pelik mereka mempersoalkan tindakan gari yang dibuat selepas 238 laporan polis dilakukan seluruh negara mendesak tindakan dibuat terhadap pihak yang melakukannya. Kenapa dibesarkan isu GARI bukan KAKI yang memijak gambar PM?
Gadis yang memijak gambar PM
Permohonan maaf yang jelas juga biadap kerana tidak menyatakan perasaan bersalah kepada Perdana Menteri tidak mustahil juga dari skrip yang diajar puak pelampau lagi rasis parti DAP ini.
Jika Nik Aziz mengutuk tindakan memijak gambar DAP pula tidak mengeluarkan kenyataan apa-apa tentang tindakan tersebut.
Adakah ini bermakna DAP gembira dengan tindakan memijak gambar seperti tindakan mereka lakukan semasa memijak gambar Adun yang keluar Pakatan di Perak sebelum ini ?
Baca bagaimana laporan Malaysiakini di sini http://www.malaysiakini.com/news/208124?ModPagespeed=noscript menjelaskan bagaiman peranan DAP membantu gadis Cina yang biadap ini.
Sah DAP hanya ingin membiarkan perbuatan biadap bukan mencegahnya. Jika benar mereka jujur sudah tentu permohonan maaf dibuat kepada Perdana Menteri bukan kepada rakyat Malaysia. Apatah lagi dalam bahasa Cina.
Ada juga nakal bertanya, benarkah gadis ini asal Malaysia atau asal China sebenarnya ?
Wallahu A'lam.
Satu lagi tahniah Mahfuz pertahan Anwar beri tazkirah di masjid. Hebat dok bodek sampai terlupa siapa dia Anwar Ibrahim. Lebih hina bila Rumah Allah dipijak dan dicemar dengan tazkirah politik oleh bekas banduan kes liwat berpuluh kali dari pijak gambar PM. Bukan sebab lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.