Pages

26 September 2012

Pro M Kalah Teruk Di UUM - Takziah



SHAH ALAM – Sebagaimana telah dijangkakan, kumpulan Aspirasi, yang pro-Kerajaan Pusat telah memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam pemilihan perwakilan pelajar bagi sesi 2012/2013.
Daripada 36 kerusi itu, lapan membabitkan kerusi umum manakala 28 lagi kerusi peringkat fakulti.
Dua kerusi lagi dimenangi oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.
Sebanyak 22 kerusi telah dimenangi tanpa bertanding pada hari penamaan calon Khamis lalu.
UUM salah satu universiti mengadakan pengundian hari ini.
Pengundian di UUM ditutup pada jam 1.30 petang tadi.
Jurucakap Pro-Aspirasi UUM, Mohammed Syafiq Mohd Shokri berkata, mereka memenangi tujuh kerusi daripada lapan kerusi yang diperuntukkan di peringkat umum dan 27 kerusi bagi pusat pengajian.


Panglima : harap jangan ada kata pilihanraya ini tidak bersih. Seperti ajaran songsang idola mereka pemimpin Pakatan di dalam PRU yang akan hilang jika mereka menang banyak kerusi atau negeri tetapi timbul bila kalah dan kalah sana sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.