1. PM atau siapa sahaja boleh menari sekadar bergembira di hari raya bersama isteri masing-masing. Termasuk KSN.
2. Tidak ada salah seorang Perdana Menteri di hari sambutan raya menari bersama rakan di pentas. Ia bukti sikap sempoi beliau dan rakan kabinet Dr Rais Yatim serta KSN baru DS Dr.Ali Hamsa.
3. Ketika ini lagu anak kampung Sabah dan rakyat Sabah tentu sangat teruja dan menyukai lagu mereka disukai Perdana Menteri dan isteri beliau.
4. Mungkin ini Gangnam Style veris Malaysia guna lagu Anak Kampung cuba dipopular Perdana Menteri barangkali.
5. Apapun panglima melihat menyebarkan video ini lebih menguntungkan Perdana Menteri kerana rakyat akan nampak sikap sebenar beliau yang mudah mesra serta sporting hingga tidak kisah menari di atas pentas sekadar untuk menghiburkan hati di hari raya.
6. Tidak disangka dalam masa 12 hari sudah cecah 157,597 ribu view ditonton berbanding video ucapan PM atau Bajet Malaysia.
7. Nampak benar orang ramai masih gemar hiburan tidak mahu berfikir perkara memenatkan. Semoga kita berubah kepada golongan suka cari kebenaran dan menyebarkannya bukan golongan suka mencari kelemahan pemimpin dan menyebarkan untuk menjatuhkannya. Walau ia tidak menyalahi undang-undanga sekalipun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan