Pages

01 November 2012

Gambar Penjenayah Yang Ditembak Mati @PDRMsia Di Kelantan Pagi Tadi


Gambar di atas penjenayah yang mati ditembak Selasa lalu selepas menembak anggota polis hingga parah di Kelantan.

Syabas kepada @PDRMsia yang telah berjaya menembak mati penjenayah yang nekad menembak anggota keselamatan demi melepaskan dirinya.

Antara yang menarik isi ini ialah ucapan tahniah Kerajaan Negeri Kelantan kepada polis di dalam Harakah.

Ia tindakan yang wajar dipuji kerana ia memberi mesej kepada ahli Pas bahawa pengorbanan anggota keselamatan perlu dihargai. Selain itu jenayah sudah pasti akan bertambah buruk jika hubungan baik kedua pihak gagal diwujudkan. Apatah lagi Kelantan negeri yang tinggi kadar jenayahnya disebabkan faktor sempadan dengan Thailand.




Sebelum ini anggota polis sering dihina dan dikutuk pembangkang jika berlaku kes kematian penjenayah menampakkan kekeliruan pembangkang untuk meraih populariti dengan membawa isu yang salah.

Kerana itu jangan menghina anggota polis yang bertugas dalam keadaan berdebar dan berdepan sepanjang masa dengan bayangan Malaikat Maut.

Mereka tidak meminta pujian melangit namun jangan menghina peranan mereka yang sanggup gadai nyawa demi negara.

Bukan gadai agama seperti kalimah Allah atau negara dengan menerima dana asing demi kuasa seperti yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan dan konco-konconya.

Sent from Samsung Galaxy Note

3 ulasan:

  1. Tahniah IPK Kelantan dan PDRM.Untuk Penjenayah/Penyamun/Penyangak: Ambil perhatian. Polis akan cari anda sampai lubang cacing.

    BalasPadam
  2. Mantap yob, miker punyer ulasan...

    Memperjuangkan sesuatu yang salah, pasti tak diberkati Allah. Sudah tentu banyak kepincangan dan keburukan sepanjang 'perjuangan' tersebut.

    BalasPadam
  3. xde pun suaraharam, bar council...yg pi lawat polis yg cedera ni....

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.