Menurut kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di blog beliau hari ini http://ahmadzahidhamidi.wordpress.com/ tentang isu RIV yang sudah diserahkan failnya kepada pihak SPRM tiga minggu yang lalu.
Ini sudah tentu membuktikan bahawa Kementerian Pertahanan tidak mahu ia dipanjangkan selain membuktikan ketelusan Kerajaan untuk menepis dakwaan liar pihak pembangkang.
Keperihatinan Sultan Johor berhubung isu ini juga membuktikan baginda sangat mementingkan peralatan terbaik dimiliki oleh Pertahanan Malaysia selain menutup sebarang pintu fitnah yang semakin dahsyat dilontarkan oleh pembangkang sejak dahulu hingga hari ini.
Sebagai blogger kita menerima baik penjelasan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan ini dan berharap ia tidak dipolitikkan lagi demi mengelakkan rakyat keliru dan merasa bimbang dengan sistem pertahanan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.