Apa cerita Ketua Pemuda Umno Perlis letak jawatan? Ada sesiapa yang ada maklumat ? Ada krisis atau sudah tidak mampu memegang jawatan? Jika bagi memberi laluan kepada orang lebih baik itu tidak menjadi masalah. Ia sangat dialu-alukan. Jangan pula gagal memegang jawatan tetapi masih 'gila kuasa' membunuh pelapis yang mempunyai masa depan yang cerah.
Ketua Pemuda Umno Perlis letak jawatan
16 November 2012
![Paparan skrin laman sosial Mohsin Yusoff. Paparan skrin laman sosial Mohsin Yusoff.](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.104130.1353036329!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg)
Paparan skrin laman sosial Mohsin Yusoff.
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya.
Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini.
Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam.
"Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook.
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.