Sebentar tadi semasa membuat sedikit carian tentang isu Bajet didapati beberapa laporan media massa dan juga media pro pembangkang tidak tepat tentang laporan audit 2011.
Diperturunkan di bawah ini jawapan yang sebenar dari laman web Jabatan Audit Negara yang mesti dibaca
Sila klik link ini http://www.audit.gov.my/docs/Pengumuman/output.pdf untuk jawapan sebenar.
Untuk makluman prestasi Agensi Kerajaan semakin meningkat seperti komen di bawah oleh Jabatan Audit Negara :
Hasil Penarafan Indeks Akauntabiliti (IA) Bagi Tahun 2009 Hingga 2011 Pada keseluruhannya, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi tahun 2011 adalah lebih baik
dengan 111 (31.4%) Kementerian/Jabatan/Agensi yang mendapat penarafan SANGAT BAIK (4 Bintang) berbanding dengan 77 (21.6%) pada tahun 2010 dan 48 (12%) pada tahun 2009. Pencapaian yang ketara ini menunjukkan pelaksanaan IA telah memberi dorongan kepada Pegawai Pengawal untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.