- Sebelum ini Panglima ada menyiarkan dokumen pembelian bas tersebut seperti yang disiarkan di bawah ini di sini http://www.penembak-tepat.com/2012/09/bukti-tipu-bas-dua-tingkat-anwaribrahim.html
- Link berita Sinar Harian gambar berita di atas klik sini http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/mb-sewa-bas-pru13-tak-guna-duit-kerajaan-1.80264
- Hari ini berita tentangnya telah disiarkan Utusan Malaysia mengesahkan penipuan beliau tentang perkara tersebut.
Bacalah berita tersebut yang disiar di sini
http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121120/pa_02/Abdul-Khalid-akui-beli-bas-RM650000
Abdul Khalid akui beli bas RM650,000
SHAH ALAM 19 Nov. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui telah membelanjakan RM650,000 bagi membeli bas dua tingkat untuk tujuan kempen pakatan pembangkang bagi pilihan raya umum akan datang.
Sambil menyatakan pembelian itu dibuat secara persendirian, beliau berkata, pihaknya membelanjakan sebanyak RM10,833 sebulan sebagai bayaran ansuran bas berkenaan yang dibuat melalui konsep sewa beli.
''Bas untuk kempen pilihan raya umum, pembeliannya dibuat secara persendirian. Saya galakkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) buat kajian dan diberikan dokumen agar mereka dapat melihat dari segi pengurusan kewangan negeri dan persendirian," katanya.
Abdul Khalid (PKR-Ijok) berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini sebagai menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Mohd. Satim Diman (BN-Sri Serdang) mengenai sama ada pembelian bas itu melibatkan kewangan negeri atau sebaliknya.
Mohd. Satim juga bertanyakan soalan berapakah kos sebenar pembelian serta penyelenggaraan dan adakah proses audit dilakukan untuk memastikan transaksi ini betul, telus dan bertanggungjawab.
Kepada soalan tambahan lain Mohd. Satim, Abdul Khalid menjelaskan bahawa bas tersebut didaftarkan di bawah nama beliau sendiri dan lesen dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121120/pa_02/Abdul-Khalid-akui-beli-bas-RM650000#ixzz2Cimjp0tu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.