Semalam keputusan telah diperolehi. Sedih membaca berita perasaan pekerja LYNAS yang tertekan hampir akibat tempat mereka mencari makan ditangguhkan beropeasi kerana ia dipolitikkan. Mereka orang Islam dan mereka berdoa bertakbir kerana merasa syukur kepada Allah atas keputusan tersebut.
Mungkin juga mereka antara penyokong PAS.
Malangnya orang PAS sendiri tidak menyedari kesedihan mereka hingga dicucuk hidung menurut langkah PKR DAP membantah projek yang selamat dan bakal membawa 1001 rahmat kepada rakyat Pahang dan Malaysia keseluruhannya.
Baca berita di bawah :
Doa, air mata syukur iringi pekerja
KUANTAN 8 Nov. - Keputusan Mahkamah Tinggi di sini, yang membenarkan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) beroperasi disambut dengan doa dan air mata kesyukuran oleh pekerja syarikat itu yang berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan sejak awal pagi ini.
Kumpulan pekerja dan penyokong Lynas kira-kira 500 orang yang rata-ratanya beragama Islam itu turut berulang kali melaungkan takbir sebagai tanda meraikan kejayaan sebaik sahaja dimaklumkan keputusan Hakim, Datuk Mariana Yahya yang memihak LAMP.

Dalam masa sama, suasana menjadi sayu seketika apabila ada dalam kalangan pekerja LAMP menangis dan menadah tangan berdoa tanda bersyukur kepada Allah SWT di atas keputusan itu yang sekali gus menjamin periuk nasi mereka tidak terjejas.

gambar Sinar Harian
Senyuman dan keceriaan juga jelas terpancar di wajah setiap daripada mereka berikutan loji memproses nadir bumi itu akhirnya dibenarkan beroperasi sekali gus meninggalkan segala kegelisahan sebelum ini berhubung kedudukan LAMP yang ditentang pihak anti-Lynas melalui pelbagai usaha.
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121109/dn_05/Doa-air-mata-syukur-iringi-pekerja#ixzz2BiTbqkhX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Baca juga komen MB Pahang tentang keputusan ini di sini http://khabarpahang.blogspot.com/2012/11/beri-peluang-lynas-buktikan-ia.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.