Sidang Media
Mengenai Isu Perumahan Anak Muda di Selangor
1.
Isu tempat tinggal atau perumahan merupakan keperluan kritikal terutamanya dikalangan Anak Muda di Selangor. Kenaikan harga rumah menyebabkan Anak Mudadi Selangor khususnya berada dalam dilema malah ianya juga amat membebankankita semua.
2.
Isu ini juga melibatkan hampir kesemua demografi Anak Muda di Selangor tanpamengira kaum dan agama. Setiap anak muda yang berada di Selangor sedikitsebanyak terasa dibebani dengan masalah perumahan sehinggakan ianyamenjejaskan kualiti hidup mereka.
3.
Masalah perumahan ini juga sebenarnya perlu diberikan keutamaan dan kamiberpendapat bahawa ianya menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untukmenyediakan perumahan mampu milik atau pun kos rendah dan kos sederhana kepada Anak Muda yang memerlukan.
4.
Tambah menyedihkan, Kerajaan Negeri bukan sahaja mengabaikan tanggungjawabini malah tergamak berjanji bulan dan bintang demi meraih kepentingan politiksendiri.
5.
Isu perumahan mampu milik ini bukan kali pertama dibangkitkan. Ianya pernahdibangkitkan sebelum ini. Malah Koordinator BN, Dato Sri Ir Mohd Zin sendiri pernahmenyuarakan pendapat beliau berhubung isu ini.
6.
Lantaran tekanan yang dihadapi, Kerajaan Negeri melalui Exco Perumahan,Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkanIKLAN di salah satu akhbar menyatakan jumlah rumah kos rendah, rumah kossederhana dan rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan Negeri Selangor sejak2008.
7.
Melihat kepada angka-angka yang dikeluarkan, Kerajaan Negeri sebenarnya cubamengaburi mata rakyat Selangor dan memberikan indikasi bahawa mereka kononnyaselama ini berusaha untuk menyediakan rumah mampu milik kepada Anak Muda diSelangor.
8.
Namun begitu, nampaknya sekali lagi Kerajaan Negeri terperangkap dengantindakan mereka sendiri. Ini kerana, dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggalkelima DUN Selangor pada 26 Mac 2012, Exco yang sama telah menjawab soalandaripada ADUN BN mengenai bilangan rumah dan jenis unit yang dibina sejak 2008hingga kini.
9.
Amat mengejutkan kerana statistik jawapan yang diberikan ketika Sidang DUNdengan iklan yang dikeluarkan adalah tidak konsisten dan sangat berbeza samasekali. Tambah meragukan lagi, ada kawasan yang diumumkan mengalamipertambahan mendadak. Malah ada juga beberapa kawasan yang menunjukkanpenurunan jumlah rumah yang dibina.
10.
Perbezaan yang sangat "significant" ini lah yang menimbulkan tanda tanya kepadarakyat sama ada "fact and figure" ini hanyalah fakta atau rekaan semata.
11.
Jadual di bawah menunjukkan contoh perbezaan "fakta" bagi Rumah Kos Rendah(RM42,000 ke bawah) yang telah disiapkan antara jawapan pada sidang DUN daniklan dalam akhbar.
| | Bilangan Unit (Jawapansidang DUN) 26 MAC 2012 | Bilangan unit (Sinar Harian) 30 OKTOBER 2012 |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
12.
Selain itu, perbezaan yang ketara juga ditunjukkan dalam rumah kos rendah yangmasih dalam pembinaan sejak dari tahun 2008 hingga 2012.
| | Bilangan Unit (Jawapansidang DUN) 26 MAC 2012 | Bilangan unit (Sinar Harian) 30 OKTOBER 2012 |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
13.
Dapat diperhatikan, data pada Daerah Klang menunjukkan bahawa terdapat 132 bilangan unit yang sedang dibina ketika Exco memberikan jawapan dalam sidangDUN namun pada iklan dalam sebuah akhbar, data tersebut adalah 0. Data jugabegitu mencurigakan bagi kawasan seperti Petaling apabila dalam iklan di akhbar,ianya menunjukkan sejumlah 4,242 rumah kos rendah sedang dalam pembinaansedangkan 7 bulan sebelumnya, tiada sebarang rumah yang dibina di kawasantersebut.
14.
Persoalannya, angka manakah yang harus diterimapakai? Dimanakah lokasi sebenarperumahan ini? Apakah justifikasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dalammenentukan jumlah rumah yang akan dibina di sesuatu kawasan dan siapakahpemaju yang membina rumah tersebut?
15.
Adalah mustahil jika mereka berkata bahawa rumah ini masih dalam perancangandan belum dibina kerana mereka juga mengeluarkan data-data bagi rumah kos rendah yang baru diluluskan dan masih belum dibina.
| | Bilangan Unit (Jawapansidang DUN) 26 MAC 2012 | Bilangan unit (SInar Harian) 30 OKTOBER 2012 |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
16.
Perbezaan antara bilangan unit yang disebut dalam sidang DUN dengan IKLAN yangdikeluarkan dalam sebuah akhbar begitu ketara sekali. Persoalannya, mana satukahyang benar? Adakah Kerajaan Negeri sengaja memanipulasikan angka-angka inibagi menunjukkan mereka sebenarnya membuat sesuatu untuk mengatasi masalahini ataupun ianya sebenarnya hanya wayang sahaja?
17.
Kami juga ingin bertanya tentang bagaimanakah Kerajaan Negeri membuat prosedurpendaftaran kepada penduduk Selangor jika mereka ingin memiliki rumah kos rendahini? Adakah ianya secara 'first come first serve' ataupun secara undian ataupun perlumelalui proses-proses tertentu? Bagaimana pula dengan isu kelayakan dankemampuan? Sehingga kini, berapa ramaikah yang telah memohon dan berapaperatuskah anak muda yang diberikan peluang untuk mendapatkan rumah kosrendah ini dari keseluruhan permohonan, jika ada?
18.
Dikesempatan ini juga, kami ingin mengalu-alukan Anak Muda seluruh Selangor yang berhasrat untuk memiliki rumah kos rendah agar menelefon talian Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) 1300-22-2626, BN Selangor bagi memberikan butiran peribadi agar kita sama-sama dapat membantu menyelesaikan kemelut perumahan di kalangan Anak Muda di Selangor.
Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG)
Majlis Belia Negeri Selangor
Pemuda UMNO
Pemuda MCA
Pemuda MIC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.