Pages

09 November 2012

UMNO Online - Kenyataan Anwar Cabar Najib Bersifat Alih Pandangan Isu Izzah – Zahid


Kenyataan Anwar Cabar Najib Bersifat Alih Pandangan Isu Izzah – Zahid

SETIU, 8 Nov –  Kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanding di kawasan Parlimen Marang di Terengganu pada pilihan raya umum akan datang adalah bersifat mengalih pandangan di atas isu panas yang dibuat oleh anaknya, Nurul Izzah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lontaran cabaran yang dibuat Anwar itu sewajarnya tidak perlu dilayan dan ia dibuat semata-mata sebagai satu perangkap politik.

"Tawaran Anwar itu bersifat tawaran politik. Kalau begitu, beliau juga harus jugalah bertanding di Pekan. Kalau beliau berani.

"Saya fikir tidak perlulah gimik politik kerana sistem politik di Malaysia agak berbeza dan adalah lebih baik bertanding di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu 1Malaysia Bermotosikal di Kolej Universiti Bestari di Permaisuri dekat sini, Khamis.

Ahmad Zahid, yang merupakan penaung Superbike Association of Malaysia (SAM)mengetuai konvoi lebih 400 motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara dengansatu perjalanan yang bermula di Johor pada Rabu dan akan berakhir di Putrajaya, Sabtu ini.

Konvoi tersebut yang dianjurkan SAM dan Media Prima bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana mempunyai bilangan yang paling ramai berkonvoi motosikal berkuasa tinggi dalam ekspedisi di seluruh negara.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Nurul Izzah seharusnya mengakuikesilapan kenyataannya dan tidak wajar menyalahkan media sedangkan memang adarakaman-rakaman yang dibuat oleh beliau yang menyuarakan demikian di sebuah gereja di Selangor.

"Kalau mahu mengambil hati dan mahu mencari pengaruh di kalangan agama lain, janganlah sampai menggadaikan prinsip-prinsip yang telah menjadi asas kepada Islam.

"Sebagai orang Islam, kita jangan harus berbeda pendapat, walaupun kita berlainan parti politik, kerana isu melibatkan soal agama tidak patut dipolitikkan," katanya.

Jelasnya, pihak berkenaan sepatutnya menggunakan kedudukan dan kekuatan untukmemperkukuhkan Islam dan bukannya hanya bersifat memperkukuhkan politik dan dirisendiri.



Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.