Pages

11 Disember 2012

AES Baru Perolehi Saman RM7200 Setakat Ini - Harakahdaily


1. Isu AES yang bertujuan menjaga keselamatan rakyat di jalan raya nampaknya dipolitikkan lagi tanpa henti.Seperti berita di http://www.harakahdaily.my/baru-2-bulan-rm77-069-juta-nilai-terkumpul-saman-aes  ini.

2. Lalu dibawa angka-angka tertentu contoh jumlah yang telah disaman setakat ini berjumlah ratus ribu. Iaitu 256,899 saman. Walaupun mereka dengan sengaja menyembunyikan fakta saman AES sudah menurun 77.25%. Beritanya di sini http://www.penembak-tepat.com/2012/12/saman-aes-menurun-7725-dewan-negara.html

3. Disebut juga jika yang disaman nilainya Dijangka anggaran sekitar 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 dan daripada RM77,069,700.00 itu kedua-dua syarikat pengendali AES  dijangka akan perolehi sekitar RM4,110,384.00. Secara mudah duit RM73 juta anggaran kasar dijangka kembali ke kantung kerajaan bukan syarikat pengendali AES.



4. Semua tahu setiap lokasi AES sudah diletak papan tanda amaran. Maknanya jumlah disaman ialah para pemandu yang tidak hiraukan tanda amaran lokasi AES dan patut menerima akibat dari tindakan mereka. Lebih malang seramai 13,354 yang disaman adalah mereka yang melanggar isyarat lampu merah yang menjadi punca kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa. Namun ia tidak ditulis dalam suara Harakahdaily di atas.

5. Seperti biasa penjenayah akan dibela Pakatan Rakyat. Ingat lagi kes Kugan yang dibela Pakatan, hari ini penjenayah yang melanggar undang-undang AES juga akan dibela dengan menghasut agar jangan dibayar saman oleh pembangkang. Sedangkan ia bertujuan untuk mendisiplinkan pemandu kita seperti kenyataan Menteri Pengangkutan :  

Kerajaan bukan mahu menghukum rakyat atau sengaja mengenakan denda, tetapi mahu menerapkan disiplin kepada pengguna jalan raya. Apabila berlaku kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan kemalangan maut pada setiap hari, rakyat tertanya-tanya apakah yang kerajaan buat untuk mengatasinya. "

6. Mantan PM Tun Mahathir mahu Kerajaan tegas melaksanakan AES tanpa menghiraukan pandangan songsang pembangkang, maka tindakan menguatkuasakan AES perlu diteruskan tanpa perlu ada rasa bimbang. Link berita di sini http://www.penembak-tepat.com/2012/10/aes-patut-diteruskan-untuk-kebaikan.html

7. Majoriti rakyat mahukan AES dan majoriti sudah nampak kesan AES di dalam memudahkan kerja semua pihak selain cekap untuk mengelakkan kemalangan yang akan menjadi trauma kepada keluarga selain merugikan negara atas kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda selain aset kemahiran yang dimiliki oleh mereka. Jika kita mahu keluarga tersayang mati kemalangan samada melanggar atau dilanggar maka sokonglah pemansuhan AES atau tindakan menentangnya. 

8. Bacalah penjelasan AES dalam wawancara Sinar Harian dengan Menteri Pengangkutan ini di sini : http://www.penembak-tepat.com/2012/10/mesti-baca-wawancara-sinar-harian.html  atau penjelasan 10 Kebaikan AES di sini http://www.penembak-tepat.com/2012/10/mesti-baca-10-kelebihan-aes-terutama.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.